Oleh : Anasz*
Beberapa hari yang lepas telah termetrainya perjanjian Abraham Accord diantara Israel, UAE dan Bahrain sekaligus membuka jalan kepada ketiga-tiga negara berkenaan mewujudkan jalinan diplomatik secara rasmi.
Secara amnya, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang pastinya marah dengan tindakan kedua negara dalam GCC ini.
Namun aku rasa kita perlu melihat kepada ruang lingkup yang lebih luas.
1. Yang lebih mengenali orang Yahudi ini adalah orang Arab. Dan mereka bukan tak pernah duduk sekali atau berperang. Sepanjang sejarah mereka akan ada masa-masa suka dan duka bersama.
2. Wujudnya hubungan diplomatik Israel dengan UAE serta Bahrain ini akan membuka peluang ekonomi terutama sekali kepada penduduk Arab di Palestin. Kerana kita tahu Arab di GCC ni punya banyak wang. Dan untuk melabur di 'Israel' pastinya bukan sesuatu perkara yang sukar.
3. Israel dan negara-negara Arab dah tak larat berperang. Itu hakikat yang perlu kita ketahui. Walaupun Israel mendapat bantuan ketenteraan daripada Amerika, namun secara realitinya Israel lebih mahu menumpukan soal pembanggunan negaranya. Duit terlalu banyak dileburkan untuk peperangan berbanding pembanggunan negara.
4. Kita perlu melihat strategi perjanjian damai ini sebagai salah satu strategi Hudaibiyyah yang pernah digunakan oleh Nabi S.A.W tatkala mahu membuka semula kota Makkah. Dimana Rasulullah S.A.W sanggup melaksanakan perjanjian gencatan senjata walaupun perjanjian berkenaan kelihatan berat sebelah. Namun hikmah disebalik perjanjian berkenaan, Nabi S.A.W dapat melebarkan jaringan diplomasi antara Kerajaan Islam Madinah dengan kabilah-kabilah Arab yang datang melaksanakan ibadah Haji di Makkah.
5. Kita juga perlu melihat bagaimana strategi Utsman R.A yang menggunakan kekuatan ekonomi bagi mendapatkan sumur Yahudi di Madinah. Beliau menjadikan kekuatan kewangan yang ada padanya untuk mendapatkan semula sumur yang menjadi kegunaan penduduk Islam di Madinah.
6. Dan bayangkan betapa banyak orang Arab dari negara GCC yang akan datang memenuhi Baitulmaqdis bagi bersolat di Masjidil Aqsa? Dan takkan mereka datang sekadar melancong. Pastinya ada diantara mereka ini akan berkira-kira membuka perniagaan dikawasan berkenaan. Dan sedikit demi sedikit, mungkin satu hari nanti, kesemua kawasan di Baitulmaqdis akan dibeli oleh pepuak Arab GCC ni.
7. Dalam masa yang sama aku melihat, kesemua yang terjadi pada hari ini adalah ketentuan ALLAH.
8. ALLAH sedang mengaturkan sesuatu yang tidak diketahui oleh kita. Namun yang pasti, janji ALLAH benar. Baitulmaqdis akan dibebaskan dan kembali pada tangan kaum muslimin.
https://edition.cnn.com/2020/09/15/politics/israel-uae-abraham-accords-documents/index.html
p.s : Jangan tuduh aku ini pro-Israel, aku hanya melontarkan pandangan aku berasaskan kepada ilmu strategi dan diplomasi ditambah bacaan terhadap sirah Nabi terutama sekali dalam perjanjian hudaibiyyah dan tindakan sahabat Nabi, Utsman bin Affan R.A
*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang analisis strategi dan keselamatan dari UKM
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.