Dari Busr bin Ubaidillah dari Abu Idris Al Khaulani dari Abu Ad-Darda' dia berkata ;
Ketika aku sedang duduk bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم , tiba-tiba Abu Bakar datang dengan memegang hujung pakaiannya yang diangkat sampai ke lututnya. Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihatnya, baginda pun bersabda, "Teman kalian ini telah bertengkar." Setelah Abu Bakar mengucap salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, dia pun berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya antara aku dengan Umar terjadi perseteruan, lalu aku datang kepadanya kerana aku menyesal telah melakukannya kepadanya, kemudian aku meminta kepadanya agar memaafkanku, tetapi dia tidak mahu, lalu aku mengikutinya sampai ke seluruh kawasan Al Baqi', tetapi dia tetap menghindariku di rumahnya. Maka aku datang kepadamu." Mendengar itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Semoga ALLAH mengampunimu, wahai Abu Bakar" sampai tiga kali.
Kemudian Umar رضي الله عنه menyesal kerana tidak mahu memaafkan Abu Bakar, lalu dia keluar dari rumahnya dan mendatangi rumah Abu Bakar رضي الله عنه , kemudian bertanya "Adakah Abu Bakar?" Orang-orang menjawab, "Tidak ada." Maka dia pun tahu bahawa Abu Bakar pergi menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Akhirnya dia pergi menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan mengucapkan salam kepadanya,, akan tetapi wajah baginda berubah kerana marah, sampai Abu Bakar merasa hiba terhadap Umar kerana sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersebut.
Melihat demikian Abu Bakar رضي الله عنه pun berlutut lalu berkata, "Wahai kalian semua, sesungguhnya ALLAH سبØانه Ùˆ تعالى mengutusku kepada kalian dan kalian mengatakan 'Engkau dusta', sementara Abu Bakar mengatakan 'Engkau benar'. Dia juga sentiasa membantuku dengan jiwa dan hartanya. Mahukah kalian memaafkan sahabatku ini kerana aku?' Baginda mengatakan demikian sampai 3 kali. Adu Ad-Darda' berkata : Sejak saat itu tidak ada yang berani menyakiti Abu Bakar.
Sumber : Diriwayatkan oleh Al Bukhari dengan penjelasan dalam Al Jami' As-Sahih (Pembahasan : Keutamaan Para Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, 4/192)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.