Oleh : Abu Malik Usamah bin Kamal bin Abdurraziq
Disini ialah kisah pernikahan ayah Imam Al-Azhim Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah yang diberkati. Ayahanda Imam Al-Azhim merupakan seorang lelaki berbangsa Turki dan hamba sahaya milik seorang pedagang Khawarizmi dari Hamdzan dari Bani Hanzalah. Dia seorang yang bertaqwa lagi soleh, banyak menghabiskan waktu untuk beribadah, suka berkhalwat (menyendiri dalam rangka beribadat) dan sangat wara'.
Diantaranya kisah bahawa dia sedang bekerja di kebun tuannya, dan bermukim di sana selama beberapa waktu lamanya. Kemudian tuannya, pemilik kebun ini, suatu hari datang kepadanya. Ia mengatakan kepadanya : "Aku ingin buah delima yang manis."
Dia (ayahanda Imam Al-Azhim Abdullah bin Al-Mubarak) pun pergi ke sebuah pohon dan menghidangkan beberapa buah delima kepadanya. Setelah membelahnya dan merasakan asamnya, tuannya marah seraya mengatakan :"Aku meminta yang manis, tetapi kenapa engkau menghidangkan yang masam? Ambilkan yang manis." Dia pun pergi memetik dari pohon yang lain. Ketika tuannya membelah buah berkenaan dan memakannya, ternyata buah delima yang dipetik oleh hambanya itu tetap masam sekaligus menyebabkan tuannya marah. Dan untuk kali ketiga, ayahanda Imam Al-Azhim Abdullah bin Al-Mubarak tetap melakukan perkara yang sama iaitu menghidangkan buah delima yang berasa masam.
Maka tuannya pemilik kebun itu bertanya kepada hambanya itu: "Apakah engkau tidak dapat membezakan antara yang manis dengan yang masam?" Hambanya itu menjawab : "Tidak". Tuannya bertanya : "Mengapa begitu?". Hambanya pun menjawab : "Kerana engkau tidak mengizinkan aku untuk memakannya." Mendengar hal itu, tuannya hairan, lalu mencari kebenaran disebalik kejadian berkenaan. Dan ternyata ianya sesuatu yang benar, sehingga ayahanda Imam Al-Azhim Abdullah bin Al-Mubarak menjadi mulia di mata tuannya dan kemuliannya bertambah di sisinya.
Dalam masa yang sama, pemilik kebun berkenaan turut mempunyai seorang anak gadis yang sering dilamar oleh orang lain; maka tuannya itu bertanya kepada ayahanda Imam Al-Azhim Abdullah bin Al-Mubarak, : "Wahai Mubarak, menurutmu kepada siapa wanita ini akan dinikahkan?" Al Mubarak menjawab : "Kaum Jahiliyyah menikahkan kerana kedudukan, kaum Yahudi menikahkan kerana harta, kaum Nasrani menikahkan kerana ketampanan / kecantikan, dan umat ini menikahkan kerana agama." Akal Al Mubarak ternyata mengagumkan tuannya itu. Tuannya itu pun pulang ke rumah lalu mengkhabarkan kepada isterinya dan mengatakan kepadanya: "Aku tidak melihat seorang (calon) suami yang lebih tepat untuk puteriku ini selain Mubarak." Akhirnya dia menikahkan puterinya dengan Mubarak sehingga lahirlah Imam Al-Azhim Abdullah bin Al-Mubarak.
Sempurnalah keberkahan ayahnya dan ALLAH menumbuhkannya sebagai 'tumbuhan' yang baik. [1]
[1] Audatul Hijaab (II/358) dan menisbatkannya kepada kitab Uyuunul Akhbaar, karya Ibnu Qutaibah (IV/17), Wafayaatul Ayaan, Ibnu Khalkan (ii/237), Syadzdzaraatudz Dzahab, karya Ibnul Imad (i/296), Mir-aatul Janaan, karya Al-Yafii (I/379)
Dipetik dari kitab عشرة النساء من الألف إلى الياء
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.