PUTRAJAYA, 24 Mac 2021 - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang sebanyak RM794,900 dalam akaun Tabung Haji milik bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan isterinya.
Pihak pendakwaan juga gagal dalam rayuan di mahkamah sama untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru berhubung permohonan untuk melucutkan hak ke atas 243,603.24 unit Amanah Saham Bumiputera di bawah nama anak lelakinya, Ahmad Arif Sabirin Abd Latif.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk pelucuthakan terhadap Abdul Latif dan keluarganya.
Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Abdul Latif dan keluarganya serta Timbalan Pendakwa Raya Samihah Razali mengesahkan keputusan mahkamah itu.
Siti Sarah yang hadir bersama peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan Abdul Rahim Ali, memberitahu media mahkamah bersetuju dengan penghujahan mereka bahawa pihak pendakwaan sepatutnya memfailkan permohonan pelucuthakan itu di bawah Seksyen 55 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA).
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.