TIADA LAGI SUBSIDI HAJI DARI KERAJAAN?


Semalam kecoh di laman sosial berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar yang meminta bakal jemaah Haji dari Malaysia tidak lagi mengharapkan akan wujudnya subsidi dari kerajaan untuk membantu mereka melaksanakan rukun ISLAM ke 5 itu.

Dengan alasan kos pengurusan yang semakin tinggi selain kadar matawang Malaysia yang semakin rendah, ianya menambahkan lagi beban kepada kerajaan untuk membantu bakal jemaah Haji di Malaysia.

Walaupun ada pelbagai alasan yang dilemparkan bagi merasionalisasikan kenaikan kos Haji dan penghapusan subsidi Haji. Bakal jemaah Haji Malaysia atau lebih amnya rakyat Malaysia beragama ISLAM seharusnya melihat pada diri mereka sendiri. Bahawa merekalah punca utama disebalik kesemua ini.

Ingatkah di tahun-tahun sebelum ini dimana Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak difitnah kononnya menggunakan Tabung Haji sebagai instrumen kewangan bagi menyelamatkan 1MDB. Pembelian Tanah di Tun Razak Xchange dijadikan modal politik dikalangan pembangkang untuk mengagalkan usaha pelaburan jangka panjang TH di TRX.

Badai fitnah yang dilempar oleh pembangkang keatas kepimpinan pengurusan TH sehingga menyebabkan ada rakyat yang termakan dengan fitnah tersebut. Malah ada yang bertindak diluar kawalan dengan mengeluarkan kesemua deposit mereka dari Tabung Haji sekaligus kehilangan giliran kuota Haji. Walaupun ada yang tinggal setahun sahaja tempoh menunggu.

Malah isteri kepada Datuk K, yang merupakan penyanyi turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah sekaligus mempengaruhi minda rakyat pada ketika itu.



Dan selepas BN tumbang pada PRU 14 yang lalu, segala usaha kerajaan BN pimpinan Najib Razak mengembang dan menambah aset TH dijadikan sasaran kerajaan PH (PPBM + DAP + PKR + WARISAN) untuk digadai dan dijual kepada pihak luar.

Dari rangkaian hotel ke ladang sawit, semuanya dijual, atas alasan 'rasionalisasi'. Yang mana 'rasionalisasi' yang dilaksanakan oleh kerajaan terkutuk ini hanya menguntungkan kaum kafir sahaja.

Kini TH tidak mempunyai sumber pendanaan kewangan yang mencukupi untuk meneruskan subsidi Haji yang selama ini diberikan kepada umat ISLAM di Malaysia tanpa mengira latar belakang politik. Dan kenyataan terbaharu pengerusi TH membuktikan, kerosakkan yang ditinggalkan oleh TH selepas 22 bulan memerintah semakin menampakkan kesannya.

Kepada pengundi PH, anda adalah makhluk perosak. Dan disebabkan anda, orang lain mendapat bahananya.

Akhir kalam, kami gemar memetik firman ALLAH ; 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)

Post a Comment

0 Comments