LEGASI NAJIB RAZAK : BATTERSEA POWER STATION DI LONDON BAKAL BERIKAN PULANGAN BESAR KEPADA RAKYAT MALAYSIA


Oleh : Jebat

Suka atau tidak, sepanjang PH memerintah Malaysia, tidak ada sebarang kebaikan atau keuntungan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia.

Selain hutang semakin bertambah dan 'pesta jualan' aset strategik negara oleh kepimpinan PH, ekonomi Malaysia juga semakin menguncup. Rizab Bank Negara semakin menurun selain harta Petronas dijarah secukup-cukupnya demi kelansungan politik kroni PH.

Itu tak termasuk surat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang telah menyebabkan kedudukan kedaulatan negara kini boleh dicabar oleh anasir luar.

Disambung pula dengan PN yang merupakan kumpulan berasal dari PH dan mengkhinati rakan sendiri, selepas melihat kalah teruk di beberapa pilihanraya kecil. Malaysia semakin teruk dan memburuk.

Walaupun Mahiaddin si Pengkhianat telah meletakkan jawatan, namun PM dari UMNO, Ismail Sabri terpaksa berhadapan dengan set Menteri-Menteri Kabinet legasi Mahiaddin yang rata-rata merupakan sampah dari PPBM.

Perlu diingatkan bahawa, ketika diawal waktu Ismail Sabri menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau telah mengadakan 'perjanjian damai' dengan kumpulan pembangkang yang membolehkan Ketua Pembangkang yang juga merupakan pesalah dalam kes Meliwat Saiful Bukhari Azlan mendapat taraf dan kemudahan seperti Menteri. (Rujuk : https://www.malaysiakini.com/news/595026).

Itu tak termasuk lagi dengan elaun khas (setaraf Menteri) yang diberikan oleh Ismail Sabri kepada Hadi Awang, Presiden PAS yang dilantik menjadi Duta Khas PM bagi Timur Tengah. Yang sampai kesudah kita tak tahu apa si tua bangka ni buat untuk menarik pelabur dari Timur Tengah ke dalam negara kita.

Jadi bayangkan betapa banyak pembaziran wang yang terpaksa kerajaan pimpinan Ismail Sabri keluarkan demi menjaga hati aktor politik legasi PH dan PN.

Maka PRU15 amat diperlukan bagi menstuktur semula kerajaan Malaysia yang sudah dijahanamkan oleh PH dan PN. 

Sudah tiba masanya, Malaysia diberikan hak untuk kembali kepada landasan asal iaitu Barisan Nasional secara Total!



Post a Comment

0 Comments