NEW YORK - Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia akan menjadi anggota tidak tetap seterusnya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama dua tahun bermula 2025.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memilih lima anggota baharu pada Khamis. Lima negara itu akan menggantikan Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique dan Switzerland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Majlis Keselamatan PBB adalah satu-satunya badan PBB yang mempunyai kuasa untuk meluluskan resolusi yang mengikat mengikut undang-undang antarabangsa.
Amerika Syarikat, China, Rusia, Britain dan Perancis adalah lima anggota majlis tetap, yang semuanya mempunyai kuasa veto.
#BREAKING
UN General Assembly ELECTS the following countries as Security Council non-permanent members for two-year terms starting 1 Jan 2025:
🇵🇰 Pakistan
🇸🇴 Somalia
🇵🇦 Panama
🇩🇰 Denmark
🇬🇷 Greece
Follow https://t.co/cdvB97txGj for updates pic.twitter.com/IfEcNvRKdr
Sepuluh anggota majlis tidak tetap, masing-masing dipilih selama dua tahun, mempunyai pengaruh yang jauh lebih kecil.
Perhimpunan Agung PBB juga memilih presiden baharu dengan bekas perdana menteri Cameroon, Philémon Yang, akan memegang jawatan itu setahun.
Setiausaha Agung PBB António Guterres berkata Yang adalah individu yang berdedikasi untuk masa depan benuanya, Afrika dan mempunyai banyak pengalaman.
"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengannya ketika beliau menyatukan Negara Anggota mengenai penyelesaian kolaboratif yang dapat memberikan keadilan kepada Afrika dan dunia membangun."
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.