MAKKAH - Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, yang diwakili oleh cawangannya di wilayah Makkah, telah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk jemaah haji di Masjid Al-Tanaim dan Al-Hal di kawasan Al-Ji'rranah serta miqat Qarn Al-Manazil dan Wadi Muharram.
Perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan teknikal yang diluluskan oleh kementerian untuk pelan haji 1445H, yang bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah melalui akses kepada teknologi moden dan platform digital, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menurut Saudi Press Agency (SPA), Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.
Lebih menarik, Koleksi Perpustakaan Islam yang memiliki lebih 3,000 bahan undang-undang dan saintifik dalam lebih 45 bahasa boleh diakses melalui Wi-Fi ini.
Perkhidmatan percuma itu membolehkan jemaah mencari jawapan kepada soalan berkaitan haji dan menonton video bermaklumat serta panduan yang dihasilkan oleh kementerian.
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.