ISTANBUL - Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken pada Isnin bersetuju untuk mempergiatkan usaha mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Blinken bertemu dengan pemimpin Mesir itu di Kaherah semasa persinggahan pertamanya dalam lawatan serantau yang juga akan membawanya ke Jordan dan Qatar, lawatan kelapannya ke Timur Tengah sejak 7 Okt, 2023.
Kedua-dua pihak meninjau perkembangan terkini usaha bersama mereka untuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan perjanjian pertukaran tahanan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Presiden Mesir.
Mereka juga membincangkan usaha Mesir untuk menyediakan akses bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, kata kenyataan itu.
Blinken, bagi pihaknya menyampaikan penghargaan pentadbiran AS terhadap usaha berterusan Mesir di peringkat politik dan kemanusiaan, serta koordinasi dua hala untuk mengembalikan keamanan dan keselamatan di rantau ini.
Israel telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam berterusan ke atas Gaza sejak 7 Okt walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera.
Lebih daripada 37,100 rakyat Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak dan hampir 84,700 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang mana keputusan terbaharunya memerintahkan Tel Aviv segera menghentikan operasinya di bandar selatan Rafah, di mana lebih sejuta rakyat Palestin mencari perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei.
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.