JEDDAH - Kerajaan Arab Saudi sedia mempertimbangkan untuk meluaskan lagi pelaksanaan inisiatif ‘Makkah Route’ ke negara-negara lain yang berminat demi keselesaan perjalanan jemaah menunaikan haji.
Menurut Ketua Pengarah Pasport Arab Saudi Leftenan Jeneral Sulaiman al Yahya, pihaknya juga sudah mula mengkaji permintaan dari negara-negara lain yang memohon pelaksanaan program itu bagi jemaah haji mereka.
"Sekiranya ada permintaan dari mana-mana negara-negara, kami akan mempertimbangkan perkara itu.
"Kami juga bersedia untuk melaksanakan inisiatif ini di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaah jemaah haji di bawah inisiatif Makkah Route di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah.
📹 من مملكة ماليزيا إلى مكة المكرمة .. يسر وطمأنينة.#مبادرة_طريق_مكة
— طريق مكة (@MakkahRoute) June 8, 2024
#رؤية_السعودية_2030 pic.twitter.com/QthoMKMukJ
Beliau berkata, melalui inisiatif Makkah Route, jemaah haji tidak perlu menunggu lama untuk melepasi prosedur yang ditetapkan di lapangan terbang berkenaan kerana segala prosedur itu telah diselesaikan di negara asal jemaah sebelum berlepas ke Arab Saudi.
"Jadi, apabila jemaah haji berangkat ke Makkah al Mukarramah atau Madinah al Munawwarah, seolah-olah mereka menaiki penerbangan dalam negeri mereka sendiri. Jemaah juga tidak perlu risau kehilangan barang mereka," katanya.
Menurut beliau, inisiatif itu sat hadiah daripada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada tetamu Allah SWT.
Inisiatif Makkah Route mula dilancarkan Arab Saudi pada tahun 2018 dan dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2019.
Pelaksanaan Makkah Route membolehkan jemaah haji dari negara negara-negara yang diberi keistimewaan menggunakan inisiatif itu termasuk Malaysia, tidak perlu melalui prosedur yang mengambil masa setibanya di lapangan terbang di Arab Saudi.
We're already in Saudi Arabia.... Words from a Malaysian female pilgrim who benefits from #Makkah_Route_Initiative on her journey to Hajj.#SaudiVision2030 pic.twitter.com/UI8zaYyFqb
— طريق مكة (@MakkahRoute) June 2, 2024
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.