GAZA - Pergerakan Hamas pada Isnin mengumumkan bahawa ia menyambut baik resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan menyokong perjanjian gencatan senjata menyeluruh untuk menamatkan konflik di Gaza, lapor Xinhua.
Hamas dalam satu kenyataan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pengantara untuk terlibat dalam rundingan tidak langsung bagi melaksanakan prinsip resolusi "yang konsisten dengan tuntutan rakyat dan perjuangan kumpulan itu," termasuk gencatan senjata secara kekal di Gaza, pengunduran sepenuhnya tentera Israel, pertukaran tawanan dan tahanan serta pembinaan semula Gaza.
Pergerakan itu mengulangi komitmennya untuk meneruskan "usaha dan perjuangan" bagi hak rakyat Palestin.
Presiden Palestin turut memuji penerimaan resolusi itu sebagai langkah ke arah yang betul untuk menghentikan konflik yang sedang berlangsung di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.
Presiden Palestin juga menyeru semua pihak untuk memenuhi tanggungjawab mereka bagi melaksanakan resolusi itu.
Terdahulu di New York, Majlis Keselamatan PBB pada Isnin meluluskan resolusi yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata menyeluruh dalam tiga fasa untuk menamatkan konflik di Gaza.
Resolusi 2735 diluluskan dengan majoriti besar iaitu 14 undian menyokong dan Rusia berkecuali, menggesa kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik untuk melaksanakan sepenuhnya syarat cadangan tersebut "tanpa berlengah dan tanpa syarat".
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.