SEKADAR CELOTEH : PETRONAS BUANG PEKERJA

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Hari ini aku terbaca banyak cerita orang Petronas serahkan semula kad ID mereka di kaunter keselamatan.

2. Ada yang kata mereka dah kerja 3 tahun dan ada yang telah 25 tahun.

3. Walau apa jua, yang pasti mereka kehilangan pekerjaan. Dan aku secara jujur bersimpati dengan apa yang terjadi.

4. Disini juga boleh menjadi pengajaran kepada kita bahawa, tidak ada yang kekal, dan setiap manusia pasti akan diuji.

5. Dan aku nak menasihati diriku dan rakan-rakan pembaca, marilah kita perbanyakkan istighfar kepada ALLAH Ta'ala, menyesali segala kesalahan yang pernah kita lakukan.

6. Aku berdoa kepada semua umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya, yang kini berhadapan dengan masa-masa yang sukar, diberikan kemudahan dan pertolongan dari ALLAH Azzawajalla.

Firman ALLAH dalam surah Al-Insyiraah yang bermaksud;

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

(95:5-6)

ANZ
Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments