SEKADAR CELOTEH : PRK SABAH 2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Pilihanraya Sabah kali ini bakal menguji siapakah pilihan rakyat Sabah.

2. Pilihanraya kali ini juga adalah pilihanraya pertama yang diadakan selepas tidak ada mana-mana parti secara sendirian berjaya membentuk kerajaan.

3. Baik Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan atau parti-parti anak negeri tidak punya potensi untuk membentuk kerajaan secara sendirian.

4. Isu Sabah Untuk Sabah akan digunakan oleh parti anak negeri bagi mewujudkan 'kebencian' dikalangan pengundi Sabah kepada parti-parti dari Tanah Semenanjung.

5. Namun kemungkinan isu rasuah akan dijadikan modal politik terutama sekali parti-parti semenanjung bahawa politik Sabah penuh dengan korupsi dan memerlukan campurtangan daripada parti-parti yang bersifat Nasional.

6. Apa yang pasti, akan berlaku tawar menawar selepas pilihanraya Sabah selepas keputusan dibentuk. Dan tidak ada parti secara tunggal dapat membentuk kerajaan negeri.

ANZ
Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments