PERANG ADALAH MUSLIHAT: DI SEBALIK PROKSI DAN NARATIF


Oleh : Anasz

1. Bagi pemerhati amatur, konflik di Timur Tengah sering dilihat melalui lensa yang telah dicorakkan oleh pemain politik antarabangsa. Naratif lazimnya mudah: Iran adalah musuh ketat Israel dan Amerika Syarikat, Iran bertindak sebagai 'pembela' Palestin, manakala negara-negara Arab lain pula dianggap pasif.

2. Namun, realitinya jauh lebih kompleks. Jika melihat kepada hujjah pakar geopolitik Iran, Dr. Trita Parsi menerusi buku tulisanya Treacherous Alliance: The Secret Dealings of Israel, Iran, and the United States, wujud pertalian kuat bahawa Iran, Israel, dan Amerika Syarikat sebenarnya berkongsi objektif strategik yang sama: Mewujudkan ketidakstabilan berpanjangan di Rantau Arab.

Mengapa Analisis Ini Relevan?

  • Anatomi Serangan Iran: Apabila Israel atau Amerika Syarikat mencetuskan provokasi, tindak balas Iran sering kali tidak menyasarkan pusat kekuatan musuhnya secara langsung. Sebaliknya, proksi dan aset Iran lebih cenderung mengganggu gugat kestabilan negara-negara Teluk (GCC).
  • Selektif Dalam Bertindak: Walaupun mendakwa menyerang pangkalan Amerika, Iran dilihat "terlepas pandang" pangkalan-pangkalan penting di Iraq atau Turkiye, sebaliknya lebih fokus kepada wilayah yang boleh mencetuskan ketegangan dalaman di kalangan negara Arab.
  • Perang Sebagai Umpan: Konflik ini merupakan instrumen tekanan untuk memaksa negara Arab memilih pihak dalam pakatan yang tidak menguntungkan kedaulatan mereka.

Misi Mencipta Fitnah Geopolitik

3. Strategi "tiga serangkai" ini bertujuan membina persepsi yang mengelirukan:

  • Melabel negara Arab sebagai pro-Israel dan Amerika
  • Mengangkat imej Iran sebagai satu-satunya "pejuang" Islam yang berani.

  • Mengekalkan status quo ketidakstabilan bagi memudahkan perluasan hegemoni di tanah Arab.

4. Pendedahan terbaru mengenai penangkapan ejen Mossad di Arab Saudi dan Qatar—seperti yang dibincangkan oleh komentator Tucker Carlson yang membongkar kewujudan agen Mossad yang ditangkap oleh pohak berkuasa Qatar dan Arab Saudi (Baca selanjutnya disini : https://www.middleeasteye.net/news/tucker-carlson-says-saudi-qatar-arrested-mossad-agents-planning-bombings) menunjukkan bahawa muslihat  ini bukan sekadar retorik, tetapi operasi terancang untuk mensabotaj keselamatan negara-negara Sunni dari dalam.

5. Sebab itu jika kita lihat pada hari ini, kesemua negara GCC tidak menggerakkan angkatan tentera mereka menyerang Iran. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu masuk dalam perangkap yang sendang dibina oleh Amerika, Israel dan Iran.

6. Perlu diingatkan bahawa, negara Arab terutama sekali negara-negara Sunnah tidak melihat apa yang berlaku di rantau mereka hanya bersandarkan sudut pandangan strategik yang liberal, tetapi juga berdasarkan sudut pandang agama. 

Imam At-Tirmizi meriwayatkan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ

Maksudnya: “Dajjal akan keluar ke bumi dari arah timur, dikatakan tempat tersebut adalah Khurasan.” [HR. At-Tirmizi, no. 2237, Ibnu Majah, no. 4072, dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih At-Tirmizi]

Imam Ahmad dengan hadis yang hasan meriwayatkan, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفاً مِنَ الْيَهُودِ عَلَيْهِمُ التِّيجَانُ

Maksudnya: “Dajjal akan keluar dari Yahudiyah Ashbahan dan 70.000 orang Yahudi yang memakai mahkota akan jadi pengikutnya.” [HR. Ahmad, no. 13277, 11/154, cet. Darul Hadis al-Qahirah, hadis hasan]


5. Maka kita pastinya akan lebih berhati-hati dalam memberikan sokongan kepada mereka yang kita anggap 'Islam' dan pejuang 'Palestin'.

Kesimpulannya: Perang hari ini bukanlah pertembungan ideologi semata-mata, sebaliknya adalah muslihat strategik untuk melemahkan dominasi negara-negara Sunni melalui ketidakstabilan yang direkayasa.

Post a Comment

0 Comments