RIYADH – Arab Saudi pada Sabtu mengumumkan lima warganya telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah melakukan tindakan kengganasan terhadap negara dan rakyat.
Kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menamakan kesemua lima lelaki berkenaan dan mengesahkan mereka melakukan “jenayah keganasan yang merangkumi penglibatan dalam organisasi pengganas luar negara, melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan, fasiliti keselamatan, dan kenderaan keselamatan, menggunakan senjata serta bahan letupan.”
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi turut menambah bahawa para penjenayah berkenaan disahkan memiliki senjata api, peluru hidup, serta membantu, membiayai dan melaksanakan operasi keganasan di dalam wilayah Arab Saudi.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak keselamatan berjaya menahan kesemua suspek, menjalankan siasatan, dan memindahkan kes berkenaan ke mahkamah rendah yang memutuskan hukuman mati. Keputusan tersebut kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Agung.
Hukuman mati ke atas kesemua pesalah telah dijalankan di Wilayah Timur (Eastern Province) susulan perkenan Perintah Diraja.


0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.