KEMATIAN PEGAWAI IRAQ DI YAMAN BUKA SPEKULASI RANGKAIAN PROKSI SERANTAU IRAN


SANA’A / BAGHDAD —
Seorang pegawai tentera dari Iraq dilaporkan telah terbunuh di Yaman, sekali gus menyerlahkan lagi liputan luas rangkaian pakatan tentera pemberontak Syiah Houthi yang disokong Iran di rantau Asia Barat.

Pegawai berkenaan, Leftenan Satu Ahmed Awwad Kazim al-Lami (أحمد عواد كاظم اللامي), daripada Briged 28 Hashd al-Shaabi (Pasukan Mobilisasi Popular Iraq yang disokong Iran), dilaporkan terbunuh ketika bertempur di samping kumpulan pemberontak Syiah Houthi di wilayah Taiz, Yaman. Mayat al-Lami kini dilaporkan berada di sebuah hospital tentera di bandar Sana'a yang dikuasai oleh kumpulan pemberontah Syiah Houthi.

Perkembangan terbaru ini memperkukuhkan lagi hakikat mengenai strategi serantau Iran. Sejak bertahun-tahun lalu, Tehran telah membangunkan rangkaian proksi bersenjata di seluruh Asia Barat dengan membekalkan senjata, latihan tentera, penasihat strategi, serta sokongan operasi. Kumpulan pemberontak Syiah Houthi di Yaman merupakan sebahagian daripada rangkaian tersebut, manakala hubungan antara Tehran dan elemen militia Iraq yang bersekutu dengannya sudah lama terjalin.

Kehadiran pegawai Iraq di Yaman ini menangkis naratif bahawa konflik di Yaman hanyalah satu krisis domestik yang terpencil. Kumpulan pemberontak Syiah Houthi tidak bergerak secara bersendirian, sebaliknya peperangan yang dilancarkan mereka terikat secara langsung dengan strategi Iran yang memanfaatkan kumpulan bersenjata ini bagi memperluaskan pengaruh melangkaui sempadannya sejajar dengan konsep Wilayatul Faqih.

Post a Comment

0 Comments