![]() |
| Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Yaman, Afrah Al-Zaouba (kiri) bersama Jasem Mohamed Albudaiwi, Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) (kanan) |
SANA’A / ADEN — Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ekspatriat Yaman, Afrah Al-Zouba, menolak keras tawaran rejim Iran untuk bertindak sebagai perantara dalam konflik di negara itu, dengan menegaskan bahawa Tehran merupakan pihak yang dalam pertikaian dan bukannya orang tengah yang berkecuali.
Dalam satu kenyataan tegas yang dikeluarkan, Afrah menyifatkan tawaran "perantaraan" oleh rakan sejawatnya dari Iran sebagai satu provokasi melampau terhadap rakyat Yaman serta keluarga ratusan ribu mangsa yang terkorban akibat serangan senjata buatan Iran.
Menurut beliau, tindakan Tehran yang berterusan membekalkan senjata, dana, latihan ketenteraan, serta peluru berpandu dan dron kepada militia Houthi membuktikan penglibatan langsung rejim berkenaan dalam memanjangkan peperangan dan menjejaskan kestabilan rantau tersebut.
Mengeksploitasi Usaha Pendamaian
Afrah turut mengecam tindakan militia Houthi yang enggan memberikan maklum balas terhadap usaha perdamaian (de-escalate) peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk pelan hala tuju pimpinan Arab Saudi untuk mengembalikan proses politik. Sebaliknya, kumpulan itu didakwa mengeksploitasi sebarang peluang gencatan senjata untuk menghimpunkan semula kekuatan dan memperkukuh persenjataan ketenteraan mereka.
"Tehran menawarkan 'perantaraan' sedangkan militianya sendiri menolak jalan kedamaian. Rejim Iran secara jelas cuba menjadikan Yaman sebagai kad tawar-menawar politik untuk memindahkan tekanan antarabangsa yang dihadapinya," tegas Afrah.
Beliau turut menyoroti siri pencabulan kedaulatan Yaman oleh Tehran, termasuk penyerahan premis diplomatik Yaman di Tehran kepada wakil militia pada November 2019, penyeludupan pegawai Pengawal Revolusi ke Sana'a pada Oktober 2020 sebagai "duta", serta pengendalian penerbangan tanpa kelulusan kerajaan sah di Lapangan Terbang Sana'a pada Julai 2026.
Solidariti Serantau dan Desakan Antarabangsa
Menteri Luar itu mengulangi solidariti penuh Yaman bersama Arab Saudi, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan Jordan yang turut menjadi sasaran tindakan pencerobohan rejim Tehran secara berterusan.
Walau bagaimanapun, Afrah secara jelas membezakan antara rejim Tehran dan rakyat Iran. Beliau menyatakan sokongan moral terhadap aspirasi rakyat Iran yang menderita akibat tindakan rejim mengalirkan kekayaan negara demi membiayai militia bersenjata di luar negara.
Mewakili Kerajaan Yaman, Afrah menggesa komuniti antarabangsa agar mengambil langkah konkrit dan tegas, termasuk:
a) Menyenaraikan militia Houthi sebagai organisasi pengganas.
b) Merampas sumber dana dan menuntut pertanggungjawaban daripada pembiaya kumpulan tersebut.
c) Menguatkuasakan sekatan senjata secara ketat mengikut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2216 dan 2624.
"Sesiapa yang membekalkan senjata kepada sesuatu pihak dalam peperangan tidak boleh menjadi orang tengahnya. Sesiapa yang mahukan kedamaian di Yaman mesti bermula dengan menghentikan bekalan senjata yang membunuh rakyat Yaman," ujar Afrah dalam kenyatannya.

0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.