ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 29 December 2012

MASUK PAS BERMAKNA MASUK ISLAM???

Oleh : AJ

Nampaknya setelah lama membisu, Presiden PAS akhirnya menjawab isu yang dia sendiri bangkitkan mengenai PAS. Bagus....Nampaknya dia dah ada 'suara'. Tapi sayang, dia masih 'bisu' dengan isu amanat yang beliau ucapkan pada tahun 1981.....



Takpe lah, dia nak jawab atau dia nak bisu dalam bab amanat sonsang dia tu, dia punya pasal. Cuma hari ni AJ nak sentuh sikit pasal kenyataan baru beliau yang dikatakan dirakamkan di QATAR...(Amboiii jauh benorrr tempat rakamannya.)

Hadi Awang mengatakan bahawa PAS terima semua firqah tak kira SYIAH atau KHAWARIJ kerana ISLAM juga menerima sesiapa sahaja untuk peluk agama ISLAM. Benar ISLAM menerima sesiapa sahaja untuk memeluk agama ISLAM. Namun dalam masa yang sama ISLAM turut membeza-bezakan tahap keimanan seseorang itu. Sebab itu adanya munafiq, khawarij, fasiq, kufur dan lain-lain lagi. Masuk ISLAM tak bermakna ianya orang itu beriman. Namun orang yang beriman sudah pastilah dia seorang Muslim.

Perihal kenyataan HADI AWANG yang menyatakan bahawa PAS terima masuk sesiapa sahaja termasuk UMNO, mungkin Hadi Awang terlupa dengan sejarah membuktikan PAS lah yang masuk kedalam UMNO pasca 13 MEI 1969 dan akhirnya PAS dikeluarkan oleh Tun Hussien Onn disebabkan sikap PAS yang tidak mahu duduk semeja, ego dan merasa diri lebih mulia daripada orang lain pada tahun 1978. (Rujuk ucapan Presiden UMNO Tun Hussien Onn.)

Terlalu banyak sandiwara yang diungkapkan dalam kenyataan Hadi Awang. Disini AJ nak timbulkan beberapa persoalan untuk difikirkan bersama ;

a) PAS tu sempurna sangatkah? ISLAM sempurna....

b) PAS tu adakah satu agama? Sedangkan ISLAM agama....

c) ISLAM suruh taat dan bersabar kepada pemerintah hatta yang merampas harta benda dan memukul punggung....PAS macam mana? 

d) Kalau PAS kata mereka ikut ISLAM, kenapa tak ikut perintah ALLAH dan RASULNYA agar bersatu sesama muslim?

e) Jika PAS katakan mereka dah berjaya mentarbiahkan ahlinya, AJ nak tanya kenapa PAS masih gagal menjelaskan prinsip perjuangan PAS kepada TIMBALAN PRESIDEN PAS, MAT SABU yang dengan terang menyatakan beliau menyertai PAS kerana prinsip DEMOKRASI bukannya kerana PAS itu PARTI ISLAM???

f) Jika PAS mengatakan mereka serius membenteras SYIAH, kenapa ADUN KUBANG ROTAN dan MAT SABU terpilih menjadi pimpinan PAS sama ada diperingkat ADUN mahupun Pimpinan PUSAT???

g) Nabi jadi pemimpin atas kaedah demokrasi ke? Sedangkan kesemua ahli parlimen PAS dan ADUN PAS mendapatkan kekuasaan dengan jalan demokrasi...

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh kita (Rakyat Malaysia) fikirkan mengenai FLIP FLOP PAS ni. Dalam BAB SYIAH misalanya, pada tahun 2008, HADI AWANG dengan TEGAS menolak SYIAH untuk menyertai PAS. Tetapi pada tahun 2012, lain pula pegangannya. Apa SYIAH tahun 1998 Kafirkan sahabat dan SYIAH tahun 2012 tak kafirkan sahabat???

Pelik-pelik!!!

Selama ni AJ selalu berhadapan dengan persoalan, sejauh mana dakwah UMNO kepada rakyat Malaysia. Baik, ingin AJ cakapkan disini, UMNO tak ada ulama yang banyak macam PAS. Hatta Ulama Muda UMNO pun baru tertubuh pada tahun 2010 (Maza tolong take alert kalau nak kaitkan PENA MINANG  (wujud pada September 2008) dengan ULAMA MUDA UMNO). Sedangkan ULAMA PAS dah lama wujud, siap ada Dewan Ulama lagi.

Berdasarkan hujjah ahlul PAS yang selalu mempersoalkan 'pembaziran tahun' yang mana mereka selalu mempersoalkan usaha kerajaan dalam mentarbiahkan rakyat di Malaysia. Maka hari ni AJ nak persoal semula, apa yang kalian buat untuk mentarbiahkan ahli kalian dalam PAS. Sebab ternyata apa yang kalian rekayasakan tak sama dengan bukti yang AJ & Team kumpulkan....
 
 

Sila rujuk :

http://mohamadsabu.com/joomla16/index.php/tulisan/21-ucapan-dan-pembentangan-kertas-kerja-hj-mohamad-sabu-di-german

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=124681147660303&set=a.124680847660333.18900.100003552557921&type=3

http://www.malaysiakini.com/news/204683

http://penaminangreturn.blogspot.com/2012/08/syiah-semakin-mendapat-tempat-dalam.html

http://mohdnasir.blogdrive.com/archive/252.html

http://www.malaysiakini.com/news/166723

http://nikabduh.com/2008/06/18/anasir-syiah-dalam-pas-2/

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=18462%3Ahari-krismas-mat-sabu-harap-semua-pihak-hormat-menghormati&catid=1%3Autama&Itemid=50



===================================================================

JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU


Bismillah, pihak Al-Madinah International University (MEDIU) sekali lagi menjemput seorang tokoh dakwah sunnah dari Indonesia untuk program berikut :

Penceramah : Ustaz Abu Ihsan
Tajuk : Perihal Azab Kubur Mengikut al-Quran dan as-Sunnah
Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam (selepas Isyak)
Tempat : Tingkat 8, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam

Penafian : Pena Minang / Pena Minang Return tidak terlibat dalam penganjuran majlis ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi panitia ilmusalaf dot com. Harap maklum.


No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute