RIBUT TROPIKA TAUFAN SIMPUR MELANDA BRUNEI DARUSSALAM

Oleh : Markas Angkatan Tentera Malaysia

Pusaran Ribut Tropika Taufan Simpur telah melanda Negara Brunei Darussalam dan kini kerja-kerja menyelamat sedang dilaksanakan.  Taufan ini yang dilaporkan dengan kelajuan 100km/jam di Timur Brunei menuju ke Barat-Barat Daya bergerak dengan kelajuan 110km/jam.  Kelajuan angin juga dijangka meningkat ke 135km/jam dan bakal menyebabkan ancaman kepada kehidupan harian rakyat Brunei. Hujan lebat berlanjutan juga telah membuat kerja-kerja menyelamat menghadapi kesukaran. 


Kawasan paling teruk dilanda ialah Daerah Temburung dan kini ianya menghadapi banjir kilat dan banjir lumpur di seluruh daerah Temburung khususnya Biang dan Mentiri.  Pasukan Bantuan Kecemasan Tempatan (ERAT) telah membuat tinjauan ke atas kawasan bencana dan melaporkan taufan Simpur telah meninggalkan sejumlah besar penduduk terkandas dan perlu dipindahkan. Pemasangan jambatan perlu disegerakan kerana jalan perhubungan khususnya jambatan telah musnah dihanyutkan.


Talian komunikasi terganggu dengan bekalan letrik terputus serta kekurangan makanan dan air bersih, bangunan runtuh akibat hakisan serta penyakit mulai merebak membebankan ERAT dan tidak dapat menampung tugasan menyelamat. 



Lantas bantuan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Brunei (NDMC) telah memohon bantuan dari negara-negara jiran dan badan antarabangsa melalui Pusat Penyelarasan ASEAN bagi bantuan kemanusiaan mengenai pengurusan bencana (Pusat AHA).  Sejumlah 18 buah negara, termasuk Malaysia yang diwakili ATM dan SMART, telah memberi maklum balas dan komited untuk memberi bantuan. Mereka kini telah pun berada di Negara Brunei Darussalam.


Begitulah senario Eksesais ADMM-Plus HADR/MM 2013 yang kini sedang giat dijalankan sejak pelancarannya pada 17 Jun 2013. ADMM-Plus telah menyediakan satu paltform terbaik untuk semua bekerjasama untuk matlamat am ini, terutamanya dengan penglibatan Kumpulan Kerja Pakar ASEAN Defence Ministers' Metting,(ADMM), Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dan Military Medicine (MM).


"Melihat ke depan, ADMM-Plus telahpun menjadi satu platform keselamatan yang makain berguna dan efektif sebagai langkah-langkah pembinaan keyakinan untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau", menurut Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


ATM telah menhantar sejumah 153 pegawai dan anggota yang terdiri dari pasukan RAJD, Hospital Medan ATM, Tim Anjing Perang dan Staf Perancang Eksesais dari ketiga-tiga perkhidmatan yang merangkumi Perancangan dan Koodinasi, Logistik, SAR, Air and Naval Working Group, Media serta SMART.

Kontinjen Malaysia di tempatkan di beberapa lokasi di antaranya di Biang (RAJD), Mentiri (SMART dan Anjing Perang), Muara (KD Mahawangsa, Perubatan dan Staf Perancang) dan Rimba (Udara).


Post a Comment

0 Comments