DAP DAN GERAKAN KRISTIANISASI

Oleh : Beruang Biru

Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian.

Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak.

Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino.

Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.

Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya.

Apatah lagi jika ia mewakili ketua penganut Kristian Katholik dan dihantar pula ke sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah antara sempadan larangan yang digariskan begitu jelas dalam protokol hubungan diplomasi antarabangsa.

Jelas apa yang dilakukan oleh duta tersebut adalah sesuatu yang terancang dan secara sedar bahawa kenyataan beliau akan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Ini tidak lain tidak bukan adalah sebab faktor pengaruh parti rasis Dap yang amat lantang sekali memperjuangkan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.

Sudah menjadi agenda jelas barisan pimpinan tertinggi dap berbangsa Cina yang rata-rata beragama Kristian Katolik untuk menyebarluaskan pengaruh agama itu di kalangan umat Islam.

Dap adalah penerus gerakan Kristianisasi di negera ini sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Jadi tidak hairanlah apabila antara agenda utama Dap dalam pakaran pembangkang ialah memperkenalkan tradisi-tradisi Kristian kepada pemimpin-pemimpin Muslim dalam Pas dan PKR.

Antaranya ialah tradisi memasang lilin samada untuk mengingati kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan atau memegang lilin dengan berpakaian serba hitam dalam perhimpunan politik mereka.

Pemimpin Muslim Pas termasuk tok-tok guru dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertindak seperti orang jahil dan tidak menggunakan akal untuk berfikir implikasi perbuatan mereka tersebut.

Malah ahli parlimen Pas dari Shah Alam, Khalid Samad tidak segan silu kerap berkunjung ke gereja kononnya untuk berdakwah tetapi kesan yang diperolehi adalah sebaliknya!

Kenyataan ahli parlimen Dap dari Seputeh, Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama persekutuan negara ini juga menjurus kepada pertentangan dengan unat Islam.

Apatah lagi Marino mengakui dalam temuramah bersama media bahawa beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pemimpin-pemimpin gereja tempatan di mana kalimah ALLAH telah dibangkitkan.

Ini menunjukkan terdapat usahasama rahsia di antara duta Paus Francis I, pihak gereja dan juga Dap yang mensasarkan umat Islam negara ini.

Gerakan Kristianisasi mendapat suntikan dan tenaga baru dengan kenyataan Marino yang bias kepada penganut Kristian.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hujah mantap dan tidak boleh disanggah telah diberikan oleh para ulama yang mengatakan ALLAH adalah katanama khususnya hanya untuk penganut Islam sahaja.

Namun atas perancangan licik untuk memecahbelah serta mengelirukan umat Islam, Dap terus menyerang Islam di negara ini.

Dap bukan sahaja mahu orang Melayu tunduk dengan pujuk rayu dan janji-janji palsu parti itu tetapi juga mengajak orang Melayu masuk Kristian secara halus.

Jika tindakan tidak diambil terhadap Marino samada beliau diusir dari Malaysia atau diberi kutukan ang keras oalh pihak Kerajaan, ini bukanlah terakhir perkara ini akan berlaku.

Umat Islam sentiasa haruslah ingat peringatan ALLAH di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali akan redha dengan orang Muslim.

Hanya berpegang teguh dengan peringatan ini, umat Islam di Malaysia akan selamat dan terlindung daripada asakan gerakan Kristianisasi yang semakin mengganas.

Post a Comment

2 Comments

  1. Mohon pencerahan, link di blog saudara "untuk para pencari al haq" menerangkan tentang kedustaan ustadz firanda dan memboikot radio rodja. Mohon dianalisa semula kerana kami di johor pendengar radio hang fm dan radio rodja tidak mahu fitnah ke atas ustadz firanda kembali dicetuskan. Kami menyokong penuh perjuangan manhaj salaf termasuk da'i-da'i seperti ust firanda dan lain2. Tidak perlulah memasukkan link tersebut di blog saudara.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Kami tidak mengetahui perihal berkenaan dan tidak pernah mengambil peduli mengenai permasalahan yang terjadi diantara penama-penama yang disebutkan. Namun begitu terima kasih atas makluman pihak tuan.

    RPM - Admin Pena Minang

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.