ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 23 July 2013

FATWA LARANGAN PENYEBARAN AGAMA SYIAH OLEH KERAJAAN NEGERI MELAKA

Oleh : Bernama

Melaka siasat dalang sebar fahaman Syiah
Laporan ini sudah disiarkan pada : 27 Ogos 2011 

Kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat individu yang menjadi dalang kepada penyebaran fahaman Syiah di negeri ini bagi mengekang fahaman itu daripada menular kepada orang ramai.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata individu itu yang dipercayai pengasas kepada sebuah produk minuman kesihatan yang dikeluarkan di negeri ini.

"Kita akan mengmbil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut yang mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk itu di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri ini.

Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjdi dan jabatan kerajaan.

"Buku dan risalah yang dirampas oleh JAIM dan enam remaja yang ditahan ketika serbuan itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan enakmen kerajaan negeri," katanya.

Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi menerimanya.

"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman Syiah," katanya.

Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China.

Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang menyebarkan fahaman Syiah.

1 comment:

  1. Syukur Alhamdulillah di atas fatwa ini. Memang ajaran puak Syiah harus jangan merebak di Malaysia, tetapi ini juga tidak bermakna kita umat Islam, dari berlainan mazhab mesti berbunuh sesama sendiri. Ini juga akan mengalih perhatian dari Pertubuhan evangelis Kristian Zionis DAP/PKR yang amat MERBAHAYA. Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan, dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll).

    Jadi fahaman Kristian Zionis digunakan untuk cuba memecahbelahkan orang Islam termasuk dengan menubuhkan pejuang 'jihad' , yang sebenarnya diketuai bukan Islam Kristian Zionis, yang merupakan ejen-ejen CIA-MI6-Mossad-NATO (ramai yang bekas Islam, atau masuk Islam dan asal dari negeri/kawasan yang disasarkan untuk dijajah, contohnya bangsa Timur Tengah atau Asia - sebab mereka akan akan tahu bahasa Arab/tempatan dan berkenaan Islam), tetapi MENYAMAR sebagai orang Islam untuk melagakan dan memperdayakan contohnya puak Shiah-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pejuang 'jihad' pengganas bukan Islam itu, seperti di Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam. Juga, penjajah Barat-Israel melalui sekutu mereka dari DAP/Bukan Islam PKR, ingin menjadikan Malaysia dan Indonesia, sebagai satu lagi Israel (“Greater Israel“) tetapi di Asia, sebab Singapura terlalu kecil dan tidak ada minyak-gas bertimbun macam Malaysia terutamanya di Malaysia Timur, dan juga Indonesia, yang juga kaya dengan minyak-gas/ dll untuk dikuasai.

    Dan Barat, termasuk di Eropah dan Amerika Utara terutamanya di Jerman, mereka terang-terangan mengamalkan polisi mengambil hanya pelarian Kristian sekarang, contohnya dari Syria. Yang Islam, terutamanya, yang Shiah, yang dibunuh pengganas-pengganas buas yang ditaja sendiri Barat-Israel (termasuk rejim Jerman yang amat pro-Israel ini) sebagai pemberontak PENGGANAS kepada Kerajaan Syria. Ramai yang ketua pemberontak ini sebenarnya bukan Islam tetapi penganut Kristian Zionis, tetapi menyamar sebagai puak Sunni Islam (seperti yang telah saya terangkan di atas), untuk menghasut anak muda Sunni Islam menyertai mereka, kononnya untuk menumbangkan kerajaan Shia-Alawit Assad, tetapi sebenarnya untuk menguasai minyak-gas Syria, Lebanon dan Iran termasuk seluruh Golan Heights Syria yang separuh sudah dijajah Israel, yang amat subur serta penuh minyak-gas.

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam dan umatnya, serta bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute