ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 30 July 2013

FATWA PENGHARAMAN SYIAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke yang diadakan pada  telah membincangkan hukum. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:

i. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju menerima keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :

a) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja"fariah yang diterima untuk di "amalkan di Malaysia ',

b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.

c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.

d) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta"rif "hukum syarak" atau "undang-undang" Islam seperti berikut :

'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam ' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi aqidah, syari"ah dan akhlaq.

e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah dilarang.

f) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.

g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah diharamkan.

II. Bersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.

Status Penwartaan : Diwartakan
Tarikh Diwartakan : 30 Jan, 1997
Nombor Rujukan : JAWI/A/145; PN. (PU²)530/II
Akta/Enakmen : Seksyen 34 – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute