ISU KALIMAH ALLAH : DR. USTAZ FATHUL BARI DAN DR. ZAKIR NAIK 'BELASAH' DUTA VATICAN KE MALAYSIA


Oleh : Beruang Biru

Kita mengalu-alukan Duta Vatican, Archbishop Joseph Marino ke negara ini sepertimana kita mengalu-alukan mana-mana duta sebagai wakil negara mereka di sini. Kedudukan Vatican sebagai negara utama Kristian tidak menghalang kita menghormati mereka sebagai sebuah negara berdaulat. 

Seperti mana-mana duta, Marino seharusnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat di negara orang. Beliau perlu tahu batas-batas dan mengelak dari menyentuh isu-isu sensitif atau terlibat dalam politik negara tersebut. Vatican mungkin diletakkan di tempat tertinggi bagi negara-negara Kristian, yang mana mungkin memberikan duta mereka hak untuk menegur atau masuk campur dalam hal-hal berkenaan Kristian di negara itu. 

Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kedudukan tinggi Vatican dalam Kristian tidak membawa apa-apa makna di sini. Walaupun beliau mungkin masih lagi berhak menyentuh soal agama Kristian di sini, tetapi beliau langsung tidak punya hak untuk masuk campur jika perkara itu turut membabitkan Islam dan undang-undang negara. 


Oleh itu, kenyataan beliau yang mendesak agar kalimah Allah dibenarkan dalam kitab Injil menunjukkan yang beliau tidak tahu kedudukan dan tugasnya di sini. Apatah lagi apabila isu itu masih lagi tergantung menunggu rayuan oleh kerajaan apabila mahkamah membuat keputusan yang tidak menyebelahi kerajaan. Ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan betapa kerajaan sendiri tidak pernah masuk campur dalam urusan mahkamah. Justeru, apa hak duta negara lain untuk masuk campur di dalamnya? 

Sedarkah Marino bahawa jika kenyataan yang sama dikeluarkan di India atau Pakistan, maka ia sudah pasti akan mencetuskan konflik agama yang serius? Insiden gereja dibakar atau umat Islam dibunuh merupakan sesuatu pasti berlaku di negara-negara berkenaan berikutan sikap tidak sensitif Marino.    

Namun, Malaysia adalah negara yang jauh lebih bertamadun dengan masyarakat yang jauh lebih matang dan pemimpin yang jauh lebih professional dari Marino sendiri. Oleh itu, kenyataan beliau hanya mendapat tempelakan dari rakyat dan nasihat dari Menteri Luar, Dato’ Anifah Aman. Dato’ Anifah memberitahu Marino yang Malaysia tidak menerima sebarang campurtangan asing dalam isu agama yang sedang melalui proses mahkamah yang adil.  


Apapun, motif Marino dan juga pemilihannya sebagai duta ke negara ini menimbulkan persoalan yang jauh lebih serius. Apakah Vatican juga telah dikuasai oleh kuasa besar yang ingin memerintah dunia melalui pendekatan pluralisme?

Seperti yang diketahui, beberapa pertubuhan Kristian yang terkemuka turut menentang penggantian nama Tuhan ‘Father’ kepada ‘Allah’. di dalam Injil. Antara pihak yang melancarkan petisyen untuk menghalang penggantian nama oleh syarikat-syarikat penterjemah Injil ialah Biblical Missiology, di Colorado Amerika. Hujah mereka ialah ‘Allah’ merujuk kepada Tuhan dalam agama Islam manakala Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan Islam. Justeru, penggantian nama ini akan mencetuskan kekeliruan, malah kesesatan di kalangan orang-orang Kristian. 


Oleh itu, sekiranya pihak Vatican merasakan perlu masukcampur atau memperbetulkan mana-mana pihak, maka mereka wajib terlebih dahulu bersemuka dengan Biblical Missiology dan pertubuhan Kristian lain yang turut menentang penggantian nama Tuhan di dalam Injil. 

Lebih dari itu, satu dialog ilmiah mungkin wajar diadakan antara Marino dengan Ulama-ulama Islam bagi mendengar hujahnya tentang kenapa Kristian ingin sekali menukar nama ‘Father’ kepada ‘Allah’?  


Kita ingin mendengar apakah Kristian juga turut percaya kepada ‘Allah SWT’ atau apa?  Jika hanya nama sama tetapi tidak merujuk kepada kuasa yang sama, maka tiada sebab sama sekali bagi pihak Vatican untuk mendesak penggantian nama ini melainkan Vatican mengesahkan bahawa Kristian membenarkan dakwah melalui penipuan yang licik. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Si TheresaKokokBIAWAK, bukan main BONGKAK lagi bermesra dengan si paderi Vatican KURANG AJAR itu! Memang DAP asalnya berasaskan perjuangan Komunis (fahaman Komunis MAO di Cina telah diketepikan untuk kemewahan Kapitalisma Barat-Zionis yang amat buas, tamak dan ganas), tetapi sekarang telah diambil alih Pertubuhan evangelis Kristian Zionis yang sedang giat MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan yang Islam dan bukan Islam, termasuk penganut Kristian traditional biasa, di Malaysia ini dan seluruh dunia Islam - yang perlu ditundukkan segera. Pertubuhan evangelis Kristian Zionis yang sedang giat MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan yang Islam dan bukan Islam, termasuk penganut Kristian traditional biasa, di Malaysia ini dan seluruh dunia Islam adalah berasaskan fahaman evangelis Kristian Zionis, iaitu doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman Kristian Zionis ini adalah untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, termasuk Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll).

    Pertubuhan PENGGANAS Kristian Zionis ini, juga sudah MENYAMAR sebagai gereja biasa, NGO-NGO alam sekitar ataupun kononnya nak menolong hak asasi orang miskin/teraniaya, syarikat korporat termasuk syarikat perumahan, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar. Sebab itulah saya syak Theresa Kok contohnya sering ke Jerman di mana pertubuhan Kristian Zionis amat kuat (lagipun Passport Maalysia tak benarkan ke Israel). Ramai yang bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis.

    Bahkan saya syak puak Kristian Zionis ini makin rancak dengan menyamar sebagai yang disebut di atas, di pendalaman Sarawak/Sabah, di perkampungan Orang Asli dan orang India miskin di perkampungan estet, serta flat-flat di bandar , untuk mempastikan lebih ramai Bumiputera/Bukan Bumiputera yang dikristiankan akan mengundi DAP/PKR di pilihanraya akan datang!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam dan umatnya, serta bangsa dan hak Bumiputera.

    (PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

    ReplyDelete
  2. Bah. Kedua:

    Dengan politik Barat-Israel yang lebih ganas di zaman ini, melalui sekutu DAP/PKR mereka, bumi kita ini sebagai warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, pun makin TERGADAI kepada geng-geng Samseng/Pengganas DAP/PKR termasuk, samada dari kongsi gelap atau pengikut puak evangelis Kristian Zionis ini!

    Dan bila Malaysia ini juga dah DIJAJAH jadi “greater Israel” di Timur, yang merangkumi gabungan Singapura, dan Malaysia dan Indonesia yang keduanya penuh minyak-gas bertimbun, baru padan muka anak-anak Melayu/Islam yang mencium kaki nanah berkudis penjajah Barat-Israel dengan sekutu mereka dari DAP/Red bean militia/PKR!

    Maka NEGARA-NEGARA ISLAM, termasuk Malaysia kita ini, pedulikan si Vatican yang juga sudah diketuai puak Kristian Zionis; dan macamlah si Vatican ini pusat KETUA agama dunia! Di Barat bukan main liputan meluas aktiviti Vatican di media termasuk di TV dan acara rasmi negara (agama lain jangan haraplah!), tetapi Dunia Islam seperti Malaysia diPAKSA mengamalkan "hak asasi-demokrasi" SAMPAH Barat-Zionis/Bukan Islam - contohnya kesamaan agama, jantina dan bangsa! Sedangkan ramai PADERI Kristian asyik terlibat dari berzaman, MENCABUL anak-anak kecil, perempuan mahupun lelaki, tahu nak suruh negara Islam SEMBAH kaki dia! Jahanam betul si Hipokrit ini!

    Dahlah juga PENJAJAH Kristian/Yahudi dari Barat-Israel, asyik menyerang negara Islam yang kaya minyak-gas dan membunuh umatnya, termasuklah di Libya, Iraq, Palestin, Syria, Mali, Lebanon dan banyak lagi, tak juga dihentam si HIPOKRIT Vatican ini!

    MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam dan umatnya, serta bangsa dan hak Bumiputera.




    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.