[SIRI PERANGI SYIAH] KENAPA SYIAH JUGA DINAMAKAN DENGAN RAFIDHAH?

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Penjenamaan atau penamaan Rafidhah keatas Syiah ini ada disebutkan oleh Syeikh mereka iaitu Al Majlisi di dalam bukunya "Al Bihaar" yang mana beliau mencantumkan empat buah hadis dari hadis-hadis mereka[1].



Ada yang mengatakan : mereka dinamakan rafidhah, kerana mereka datang kepada Zaid bin Ali bin Husein, lalu mereka berkata : "Berlepas dirilah kamu dari Abu Bakr dan Umar sehingga kami boleh bersamamu!", lalu Zaid bin Ali bin Husein menjawab : "Mereka berdua (Abu Bakar dan Umar) adalah sahabat datukku, bahkan aku setia kepada mereka". Mereka berkata : "Kalau begitu, kami menolakmu (rafadhnaak) maka dinamakanlah mereka Raafidhah (yang menolak), dan orang yang membai'at dan sepakat dengan Zaid bin Ali bin Husein disebut Zaidiyah[2].

Ada yang mengatakan : mereka dinamakan dengan Raafidhah, kerana mereka menolak keimaman (kepemimpinan) Abu Bakar dan Umar[3]. Dan dikatakan mereka dinamakan dengan Rafidhah kerana mereka menolak agama[4].

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Lihat buku : Al Bihaar, oleh Al Majlisi, hal : 68-96-97. (Dia ini merupakan salah seorang tempat bertanya orang-orang rafidhah (syi'ah) untuk zaman-zaman terakhir).

[2] At Ta'liiqaatu 'Ala Matni Lum'atil 'Itiqaad, oleh : Syeikh Alaamah Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin, -semoga Allah menjaganya-, hal : 108.

[3] Lihat : Nota kaki buku Maqaalaat Al Islamiyiin, oleh Muhyiddin Abdul Hamid, (1/89).

[4] Lihat : di buku Maqaalaat Al Islamiyiin, (1/89).

Post a Comment

0 Comments