ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 18 August 2013

AYAM TURKEY ISRAEL


Oleh : Jebat

Sepertimana pembangkang mendewa-dewakan Morsi begitu jugalah pembangkang mendewa-dewa dan memuji Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan yang dilihat lantang mengkritik negara Islam yang lain, kononnya negara Islam yang lain diam dan tidak melakukan sesuatu untuk membantu Mesir. [Video berkenaan dipautkan oleh seorang rakan fb yang amat menyanjungi Erdogan]

Tidak menafikan apa yang diperkatakan oleh Tayyip Erdogan itu, namun perlu diingatkan bahawa tidak semua kritikan itu tepat dan tidak semua tuduhan itu benar. Erdogan mungkin dilihat 'vokal' mengkritik negara Islam lain, namun begitu apa pula tindakan beliau selain daripada ucapan semata-mata? Adakah kerajaannya menyalurkan bantuan perubatan ke Mesir? Ataupun menghantar bantuan kewangan kepada kumpulan yang sedang berdemonstrasi? Jawapannya, hanya beliau sendiri yang mengetahui. 

Dan adakah segala bantuan kewangan, senjata, perubatan atau apa sahaja dimaklumkan secara meluas? Lebih-lebih lagi masyarakat dunia yang hari ini melihat Islam sebagai agama penaja keganasan. Apakah Erdogan atau pemujanya terlupa dengan hadis nabi yang berbunyi;
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ ، الاِمَامُ الْعَادِلُ ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ يَمِينُهُ مَا تُنْفِقُ شِمَالُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. رواه البخارى

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu katanya: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naunganNya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu melakukan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah diwaktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Arab Saudi yang dikritik kerana menyokong kerajaan Mesir hari ini telah membuat keputusan menghantar tiga hospital medan untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa demonstrasi, sekaligus meringankan bebanan hospital di Mesir yang menerima ribuan mangsa demonstrasi setiap mangsa.

Perlu diingatkan bahawa, walaupun Arab Saudi membenarkan negaranya dijadikan sebagai pengkalan tentera Amerika Syarikat di rantau Arab, namun Arab Saudi lah satu-satunya negara Arab yang undang-undangnya berteraskan Hukum ALLAH dan RASULNYA. Sedangkan Turki yang kelihatan bagaikan 'pejuang ISLAM' masih terus bergelumang dengan undang-undang sekular ciptaan Yahudi Mustafa Kamal-Attaturk.

Malah Turki sendiri antara negara-negara Islam yang mengiktiraf kewujudan negara Israel, malah membenarkan negara Zionis itu membuka kedutaan dan konsulat di Ankara dan Istanbul.

Jadi apalah guna 'meletop-letop' dalam memberikan ucapan dan kritikan mengkritik negara Islam yang lain, sedangkan negara sendiri pun masih tak mampu nak menutup kedutaan Israel mahupun menggubal undang-undang yang lebih mesra Islam. Seteruk-teruk Malaysia, kita masih tidak mengiktiraf ISRAEL malah pasport kita sendiri mempatrikan nama ISRAEL sebagai negara yang tidak disahkan untuk pasport kita digunakan.

Link-link yang harus dibaca.

1. Latihan ketenteraan Israel - Turkey
2. Israel jadikan Tukey sebagai pengkalan tentera.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute