ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 18 August 2013

KOMEN USTAZ DR. FADLAN [PENGERUSI iLMUAN MALAYSIA] MENGENAI SITUASI DI MESIR

Oleh : Dr. Fadlan Mohd Othman (Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia / Timbalan Rektor Hal-Ehwal Pelajar Universiti Antarabangsa Al-Madinah)

Disebabkan ramai yang tak faham prinsip kami (saya Dan iLMU), ingin saya jelaskan:

Demonstrasi untuk menjatuhkan pemimpin adalah haram. Walaupun aman, akhirnya akan bertukar ganas.

Situasi Mesir :

- Semasa Hosni Mubarak jadi pemimpin, haram Demonstrasi untuk menjatuhkannya. Namun bila Hosni Mubarak jatuh dan Morsi naik, wajib iktiraf Morsi sebagai pemimpin Mesir dan taat kepada Morsi dalam perkara makruf dan haram melakukan pemberontakan dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan Morsi. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan Morsi hendaklah dinasihati dan dibantu untuk memperbaikinya.

- Semasa Morsi jadi pemimpin, haram Demonstrasi untuk menjatuhkannya. Namun bila Morsi jatuh dan Sisi naik, wajib iktiraf Sisi sebagai pemimpin Mesir dan taat kepada Sisi dalam perkara makruf dan haram melakukan pemberontakan dan demonstrasi ke atas perkara yang tidak disukai di bawah pimpinan Sisi. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan Sisi hendaklah dinasihati dan dibantu untuk memperbaikinya.

- Semasa Sisi jadi pemimpin, haram Demonstrasi untuk menjatuhkannya. Namun bila Sisi jatuh dan Org lain naik, wajib iktiraf orang lain itu sebagai pemimpin Mesir dan taat kepada orang lain itu dlm perkara makruf dan haram melakukan pemberontakan dan demonstrasi ke atas perkara yg tidak disukai di bawah pimpinan orang lain itu. Sebaliknya kekurangan semasa pemerintahan orang lain itu hendaklah dinasihati dan dibantu untuk memperbaikinya.

Kita perlu Konsisten dalam hukum. Jangan ikut halalkan Demonstrasi untuk menjatuhkan pemimpin dengan hujah Martin Luther berjaya dgn demonstrasi.

Ingatlah, perbuatan orang kafir tak pernah jadi dalil dalam Islam, apatah lagi bila mudharatnya lebih besar.

Gantikanlah demonstrasi dengan nasihat dan ketaatan dalam perkara ma'ruf.

Contoh para Nabi dan para Salaf :

- Nabi Musa tidak hentak kepala Firaun dengan tongkatnya? Sedangkan tongkat itu mampu membelah laut. Firaun bunuh lagi dasyat.

- Para Sahabat tidak memberontak untuk menjatuhkan Hajjaj walaupun Hajjaj zalim.

- Imam Syafi'i tidak memberontak untuk menjatuhkan khalifah walaupun dizalimi Khalifah. 

- Imam Ahmad tidak memberontak untuk menjatuhkan khalifah walaupun khalifah zalim.

Satu lagi perkara yg merupakan prinsip iLMU ialah:

Para pemimpin harus berbuat baik kepada rakyat mereka. Haram pemimpin menzalimi rakyat. 

Pemimpin yang berbuat baik kepada rakyat akan diberkati oleh Allah Ta'ala. Manakala pemimpin yang menzalimi rakyat pula akan dilaknati oleh Allah Ta'ala.

Kepimpinan dan pemerintahan adalah amanah dan tanggung jawab.

Maka hendaklah para pemimpin bertaqwa kpd Allah Ta'ala dengan sentiasa membuat yang terbaik untuk rakyat mereka!

Buat baik untuk rakyat adalah dengan mengikuti Al-Quran Dan Al-Sunnah berlandaskan pegangan para ulama Salaf (para Sahabat, Tabi'in Dan Tabi'ut Tabi'in dan para ulama Khalaf yang ikut Manhaj Salaf).

iLMU akan sentiasa menasihati dan membantu para pemimpin dan rakyat dalam usaha untuk menjamin kesejahteraan Malaysia mengikut peluang yang ada sekadar kemampuan.

Kami berdoa agar usaha ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute