PERHATIAN KEPADA MAHASISWA MALAYSIA YANG MENUNTUT DI IPT DI MESIR

Resolusi Dapatan Perbincangan Delegasi KPM dengan Timbalan PM Mesir,Timbalan Menteri KPT Mesir, Presiden & Dekan Universiti

(Ringkasan di dalam jadual).

1.1 Delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diketuai oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris Jusoh telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengajian Tinggi Mesir, Prof. Hussam Isa, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mesir, Prof.Dr.Muhammad Samer Hamza, Syaikhul Azhar, semua Presiden, Timbalan Presiden 7 (tujuh) buah universiti serta Dekan-Dekan Fakulti yang berkaitan.

1.2 Kunjungan 5 hari delegasi (25 – 29 Ogos 2013), selain mengesahkan (endorsement) persetujuan awal antara EME dan KPT Mesir serta Presiden Universiti berhubung isu penangguhan Peperiksaan Ulangan dan makluman potensi evakuasi pelajar Malaysia, ianya sekaligus meluaskan lagi dimensi hubungan dua hala Malaysia – Mesir ke arah:

i. Merangka semula MoU G to G baru yang lebih komprehensif,
ii. Membuka kampus cawangan universiti di Malaysia,
iii. Pelan alternatif memberi kelonggaran tarikh pembukaan semester baru dan pendaftaran pelajar baru tertakluk kepada tahap kestabilan politik negara Mesir. 

2.1 Dengan mengambil kira 95% dari sejumlah 11,145 pelajar Malaysia telah secara voluntari meninggalkan Mesir (sebelum dan semasa operasi evakuasi), dengan baki pelajar hanya seramai 600 (Enam Ratus) orang sahaja masih berada di universiti seluruh Mesir, pihak berwajib Mesir daripada Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri KPT Mesir, Presiden Universiti dan semua Dekan Fakulti memahami justifikasi perlunya pertimbangan khusus dan bersetuju pengecualian diberi sebagaimana ketetapan Kerajaan Malaysia berkaitan pelajar Malaysia di Mesir.

2.2 Pelajar yang masih berada di Mesir dan memilih tidak balik Malaysia boleh terus menduduki peperiksaan bersama pelajar Arab tempatan dan negara lain, tetapi bagi mereka yang membuat alternatif untuk balik dan mengikuti evakuasi perlu disediakan sesi Peperiksaan Khas (kecuali Universiti Kaherah untuk Resit Exam sahaja pada 10-16/9/13 di UPM) untuk mereka sekembalinya ke Mesir apabila Mesir kembali aman dan stabil.

2.3 Ini sekaligus terpakai bagi mereka yang mengikuti evakuasi ketika sedang mengambil beberapa kertas peperiksaan, bolehlah berhubungan terus dengan universiti masing-masing yang sedia maklum untuk membuat penyelarasan menyempurnakan baki kertas yang tertunggak ketika kembali.




Education Malaysia Egypt
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Post a Comment

0 Comments