PROGRAM IBADAH QURBAN EID ADHA DI BUMI SYRIA BERSAMA UNIVERSITI ANTARABANGSA AL-MADINAH (MEDIU)

Oleh : Al Madinah International University (MEDIU)

Jom sertai!!!!

Ibadah Qurban Idul Adha di Bumi Syria Bersama Al-Madinah International University (MEDIU)

Pada tahun ini MEDIU akan melaksanakan Ibadah Qurban Idul Adha di Syria. Seluruh Muslimin dan Muslimat dijemput untuk turut serta bersama MEDIU bagi menjayakan program membantu ummat Islam yang amat memerlukan ini. Semoga keprihatinan kita dalam melaksanakan ibadah ini merupakan usaha membantu saudara kita di Syria yang jumlahnya melebihi 7 juta orang yang sedang menghadapi musibah kesengsaraan hidup, kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan serta sentiasa dihimpit dengan serangan dan penindasan oleh sekutu zionis, Syiah dan rejim Basyaar. Program ini akan dianjurkan secara terus di bumi Syria melalui perantaraan MEDIU Community Service bersama Pensyarah Al-Madinah International University (MEDIU) Ustaz Mohammad Anas Najee bin Ameen dan Pertubuhan Islam yang prihatin dan aktif di Syria.

Kepada yang berminat boleh hubungi :
Jabatan Perhubungan Awam (MEDIU Community Service)
Jamaluddin Hussain 03 5511 3939 sambungan 208 jamaluddin.hussain@mediu.edu.my

Makluman harga :
Seekor lembu : RM2,250.00 (Dua Ribu dan Dua Ratus Lima Puluh)
Satu bahagian: RM 350.00 (Tiga Ratus dan Lima Puluh)

# program Aqiqah juga akan akan dilaksanakan

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 4 OKTOBER 2013

Post a Comment

0 Comments