REMAJA HILANG DICARI : NURUL NABILA BINTI YUSUF

Oleh : Polis Diraja Malaysia

Pihak polis meminta kerjasama masyarakat yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan seorang remaja perempuan iaitu Nurul Nabila binti Yusuf, 14, yang dilaporkan telah keluar dari rumah oleh ahli keluarganya di Rawang pada 14 Ogos 2013 jam 9 pagi dan tidak pulang ke rumah sehingga kini. Alamat terakhir dikesan ialah No. 24, Jalan Bersatu 9, Taman Bersatu Rawang, Gombak. Remaja ini terakhir dilihat memakai baju T warna hijau pekat dan jeans biru.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja berkenaan sila hubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Che Johari bin Che Din di talian 013-9267070 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 atau Hotline IPK Selangor 03-20529999 atau SMS Rakan Cop di talian 32728.

Post a Comment

0 Comments