UMNO ATAU PAS. MANA SATU AGEN BRITISH?

Oleh : Jebat

Antara momokkan puak-puak PAS ialah, UMNO ditubuhkan oleh British. Mungkin orang PAS ni terlupa barangkali, UMNO tidak ditubuhkan oleh British, sebaliknya ianya disahkan oleh British sebagai sebuah parti politik yang mewakili kaum Melayu.

Maka sekiranya macai-macai PAS nak menyatakan bahawa UMNO adalah jelmaan BRITISH, harus diingatkan PAS sendiri penubuhannya disahkan oleh BRITISH. Malah PAS sendiri terlahir selepas beberapa golongan ulama dalam UMNO keluar dari parti tersebut. Malah untuk rekod, PAS sehingga hari ini adalah sebuah parti yang disahkan dan di'perkenan' British. Sebaliknya yang berlaku pada UMNO. UMNO diharamkan pada 4 Febuari 1988 oleh Mahkamah Persekutuan yang sekaligus membatalkan pendaftaran UMNO pada tahun 1946. Dan UMNO yang ada pada hari ini bukanlah UMNO yang disahkan penubuhannya oleh British, sebaliknya UMNO yang ada pada hari ini adalah UMNO baru yang penubuhannya disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

Tidakkah terfikir wahai kita umat Islam, bahawa selama ini orang Kristian cukup membenci Islam. Lihat sahaja apa yang terjadi di Andalusia, Sepanyol, di Baitulmuqaddis, Palestin? Tidak terfikirkah kalian, jika perang Salib boleh berlarutan selama beratus-ratus tahun. Kenapa pula British yang ditunjangi oleh pemerintah beragama Kristian boleh membenarkan pula sebuah Parti bernamakan 'Islam' ditubuhkan di negeri jajahannya? Tidakkah ianya hanya satu perangkap yang disediakan oleh British untuk memecah belahkan umat Islam di Tanah Melayu ini sejurus 'mereka' memerdekakan negara kita?

Tidak terfikirkah kalian, demokrasi yang ditinggalkan oleh British kepada kita hanyalah satu usaha mereka untuk memastikan negara kita terus tidak stabil setiap 5 tahun?

Fikir-fikirlah....

Post a Comment

0 Comments