ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 8 December 2013

CATATAN BIASA SEORANG PETUGAS BANJIR DI KEMAMAN

Dipetik dari : FB Hati Malaya

1. Isu makanan tak cukup langsung tak timbul sebenarnya mangsa yang malas masak. Kemudahan memasak ada. 

2. Bantuan lewat sampai kerana petugas seperti Bomba, Polis, Pejabat Daerah juga adalah diantara yang menjadi mangsa banjir. 

3. JKKK, KRT dan Jawatankuasa Masjid memainkan peranan walaupun rumah dan kereta mereka ditenggelami banjir. 

4. Ada JKKK dari kalangan warga emas sanggup kayuh sampan membawa mangsa banjir ke tempat selamat dan pusat pemindahan. 

5. Orang kampung saling bekerjasama membantu, sehinggalah pasukan Unit Amal PAS yang datang dengan kenderaan 4x4 dan bawa bot fiber halang lalu lintas. 

6. Anggota penyelamat redah arus deras banjir, demi menyelamatkan orang lain. Bot Pejabat Daerah digunakan untuk membawa petugas perubatan. 

7. Ada pasukan penyelamat berserta bantuan makanan karam di Sungai Pinang, hanya bergantung di tali bot selama setengah jam hingga dibantu rakan yang lain. 

8. Petugas pelbagai agensi di DCC banjir memberi respon kecuali pada permulaan ekoran mangsa berpindah serentak. 

9. Contohnya, di Bandar Baru Bukit Mentok, penduduk 1,500 orang dan bot hanya ada sekitar 50 buah untuk seluruh Kemaman. Ditambah dengan kerenah mangsa banjir yang sombong dan terlalu manja. 

10. Kawasan Mak Chili terdiri daripada golongan berada, enggan berpindah awal kononnya rumah mereka dua tingkat dan banjir tak besar. 

11. Apabila paras air dah tinggi, TNB terpaksa potong bekalan. Semua panik dan talian telefon tergendala. 

12. Stok makanan mangsa banjir hanyalah beras, gula, kopi, susu dan wajib ada sardin. Bagi golongan berada, mungkin tidak sesuai. 

13. Selepas program lawatan TPM ke Sek. Men. Keb. Banggol, MB pergi ke Giant beli semua jenis susu tepung bayi ekoran permintaan seorang ibu yang kehabisan bekalan susu. 

14. MB masuk semula ke Sek. Men. Keb. Banggol walaupun lutut dia masih sakit dan berbalut. 

15. Barangan di kedai runcit memang kurang sebab banyak jalan utama Kemaman-Kuantan terputus. 

16. Petrol bukan tiada, tetapi tak boleh 'pump' sebab elektrik terpaksa dipotong bagi elak renjatan. 

P/s: pada yang lupa, atau mungkin ada antara kamu yang tak tahu pada sekitar tahun 1971/72 , mangsa banjir dari pahang pernah dapat tanah dan rumah. Sudah-sudahlah sebarkan cerita yang tak betul , menokok tambah cerita dan saling menyalahkan sesama lain.

1 comment:

  1. Masalah sentiasa ada dalam keadaan apa sekalipun, tambah tika banjir, masing-masing berusaha saling bantu membantu tapi perlu bertolak ansur juga tanpa pentingkan diri sendiri dlm keadaan menghadapi saat bencana...bersabarlah dgn ujian Allah...

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute