USAH JADIKAN PWTC SEPERTI COFFE HOUSE ATAU KELAB DANGDUT BERUNIFORM

Oleh : Jebat

"UMNO Terus mara untuk rakyat Malaysia"

Buat seminggu ini, rakyat Malaysia dan penonton TV3 akan setiap hari didoktrin dengan lagu. Lintas langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, secara tidak langsung memberikan gambaran kepada masyarakat seluruh Malaysia mengenai 'kewujudan perhimpunan skala besar' Parti Melayu terbesar di Malaysia.

Di pentas-pentas lengkap dengan 'rostrum', para pembahas menyembur-nyembur air liur mereka sebagai buktikan 'semangat' luar biasa mereka dalam keinginan mahu suara mereka didengar semaksimum oleh seluruh perwakilan.

Itulah adegan setiap tahun, dan itulah rutinnya. Yang bijak berpidato, glamor di media, maka ucapannya akan mampu menarik perhatian perwakilan. Namun yang gugup, tidak glamor, maka kemungkinan itulah ucapan yang terawal dan terakhir buat mereka.

Di satu sisi yang lain, bekas-bekas UMNO dan musuh-musuh UMNO atau yang mahu bergaduh dengan UMNO melihat dengan teliti setiap ucapan, pergerakkan dan momentum di PWTC. Penulis yakin, ketika tulisan ini masih terus melakarkan abjadnya, mata-mata kumpulan 'Kurang Mesra UMNO' ini pastinya berkeliaran dan mencemburui keupayaan UMNO mengumpulkan sebegitu ramai UMAT MELAYU di bawah satu bumbung di lokasi yang sama setiap tahun.

Mereka ini mencari-cari kelemahan UMNO walaupun mereka terlupa dengan kelemahan mereka yang memungkinkan UMNO menjadi semakin kuat. Walaupun setiap tahun 'pasukan risikan' dihantar mencari-cari kelemahan UMNO di perhimpunan agong, ternyata kumpulan 'peninjau' ini 'sesak nafas' ekoran dihimpit dengan arus warga MELAYU yang masih setia dengan Pertubuhan yang memerdekakan negara mereka.

Persidangan Agong Tahunan UMNO kali ini ternyata berbeza. Untuk sekalian kalinya, inilah perhimpunan Agong dimana Perdana Menteri berkuasa atas mandatnya sendiri. Maka pastinya Najib mahu menjadikan perhimpunan pertama kali beliau bermandat atas pengaruhnya sendiri sebagai wadah memperteguhkan iltizam membantu bangsa Melayu dan memperkasakan perjuangan memertabatkan ISLAM selaras dengan prinsip Ahli Sunnah Wal-Jama'ah berlandaskan pemahaman Nabi S.A.W dan para sahabat.

Kepada perwakilan, jadikanlah perhimpunan agong UMNO ini sebagai satu wadah perpaduan. Perpaduan dalam erti kata perpaduan bersandarkan persaudaraan sesama ISLAM. Gunakanlah masa yang terluang bagi berfikir, berinteraksi dan berbincang demi kemaslahatan ummah. Usah jadikan persidangan tahunan ini umpama perjumpaan tahunan persatuan di 'coffe house' atau 'kelab dangdut beruniform'.

Post a Comment

0 Comments