ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 7 July 2014

[VIDEO] MALAYSIA'S ROYAL RITES - NEGERI SEMBILAN




Oleh : YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Tiada yang lebih utama, mahupun yang boleh membezakan Negeri Sembilan dengan negeri-negeri lain di negara ini kecuali dengan sistem matrilineal ini. Ia adalah identiti kita, jatidiri kita dan kaedah kita memperkenalkan diri kepada orang lain sama ada dalam konteks sosial mahupun bidang lain khususnya pelancongan.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada Oktober 2009 yang lalu. Komitmen yang ditunjukkan untuk menyerlahkan istiadat itu telah mengundang minat mendalam kepada stesen kabel TV antarabangsa untuk mengabadikannya sebagai tontonan umum. Terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia, Discovery Networks, Istana Besar Seri Menanti serta agensi Kerajaan Negeri yang telah menjayakan penerbitan ini. 

Menerusi penghasilan serta penyiaran dokumentari ini kelak ke seluruh dunia, saya yakin negeri tercinta ini akan mula dikenali melalui keunikan budayanya yang tersendiri. Siapa menduga, Bandar Di Raja Seri Menanti kini menjadi sebutan masyarakat dari pelbagai benua khususnya Eropah dan Amerika. Sehubungan itu, tidak keterlaluan jika dinyatakan lokasi-lokasi lain di negeri ini juga bakal menjadi daya tarikan kepada para penggemar budaya dan adat resam sejagat sekiranya kita sama-sama berupaya menyuburkan kepentingannya. 

Usaha-usaha bersepadu akan digerakkan oleh kerajaan negeri untuk menonjolkan imej Negeri Sembilan sebagai destinasi yang sentiasa subur dengan khazanah budaya. Promosi mengenai sejarah dan pengamalan budaya tempatan yang unik sudah pasti memberi nilai tambah kepada pelancong luar. Sesungguhnya, setiap nilai dan budaya tradisi yang baik itu perlu dikembang, diperkukuh dan dipertahankan. Begitu juga dengan Adat Perpatih yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia merangkumi hal ehwal sosial, perkahwinan, pentadbiran dan pemilihan takhta negeri. 

2 comments:

  1. Sepatutnya video ini dihasilkan oleh pengarah ISLAM/Melayu sendiri - kerana video Discovery tajaan Barat-ZIONIS ini memutarbelit dgn. amat licik, tentang identiti, sejarah dan hak Kesultanan Melayu seolah Kesultanan Melayu tiada perkaitan dgn. PEMERINTAHAN ISLAM turun temurun hingga di zaman sekarang, serta rakyat ASALnya adalah termasuk dari BUMIPUTERA Islam/Melayu di seluruh Alam Melayu; dgn. tidak menjelaskan SEJARAH Sumatera cthnya adalah sebahagian dari Alam Melayu ini (bahkan adat Bersiram disebut sbg. "pre-Islamic" semata dan adat Islam digambarkan sbg. adat semata, tidak berkaitan dgn. PEMERINTAHAN NEGARA melalui kUSA EKSEKUTIF DYMM YDPA ) . Bahkan video ini juga seolah menafikan SEJARAH dan IDENTITI kaum PENDATANG Cina dan India, yg. asalnya dibawa Penjajah British/Barat-ZIONIS – maka ini menafikan SEJARAH dan IDENTITI kaum BUMIPUTERA Tanah Melayu/Alam Melayu ini.

    Di samping itu, Kesultanan ISLAM/Melayu digambarkan sbg. ADAT ‘ancient’ dan ‘SYMBOLIC’ semata, dan tidak lansung memainkan peranan BESAR yg. berlansungan juga dalam politik zaman sekarang, melalui PEMERINTAHAN ISLAM yg. termaktub melalui KUASA EKSEKUTIF, bukan sahaja dlm. undang-undang negeri tetapi juga dalam undg-undg PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN; maka bukan setakat pemerintahan kecilan di peringkat negeri . Dan Kuasa Eksekutif DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam NEGARA dan hak Bumiputera –jelasnya lebih berkuasa dari K'jaan negeri mahupun K’jaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3, 37 (1), 153 dsbnya, di zaman sekarang.

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN: (perenggan pertama)

    Sepatutnya video ini dihasilkan oleh pengarah ISLAM/Melayu sendiri - kerana video Discovery tajaan Barat-ZIONIS ini memutarbelit dgn. amat licik, tentang identiti, sejarah dan hak Kesultanan Melayu seolah Kesultanan Melayu tiada perkaitan dgn. PEMERINTAHAN ISLAM turun temurun hingga di zaman sekarang, serta rakyat ASALnya adalah termasuk dari BUMIPUTERA Islam/Melayu di seluruh Alam Melayu; dgn. tidak menjelaskan SEJARAH Sumatera cthnya adalah sebahagian dari Alam Melayu ini (bahkan adat Bersiram disebut sbg. "pre-Islamic" semata dan adat-adat digambarkan sbg. adat semata, tidak berkaitan dgn. PEMERINTAHAN) . Bahkan video ini juga seolah menafikan SEJARAH dan IDENTITI kaum PENDATANG Cina dan India, yg. asalnya dibawa Penjajah British/Barat-ZIONIS – maka ini menafikan SEJARAH dan IDENTITI kaum BUMIPUTERA Tanah Melayu/Alam Melayu ini.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute