WANITA MENJADI PEMIMPIN

Oleh : Ustaz M. Afifuddin
Transliterasi oleh : Jebat


قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً
“Tidak akan berbahagia / berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin) .”

DARJAT HADIS

Hadis ini dikeluarkan oleh:

- Imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya di dua tempat. Kitabul Maghazi bab Kitab An-Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ila Kisra wa Qaisar no. 4425 dan Kitabul Fitan no. 7099.

- Imam Abu Isa At-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitabul Fitan no. 2262 dan beliau menyatakan: “Hadis ini hasan sahih.”

- Imam An-Nasa`i dalam Sunannya, Kitab Adabil Qudlat bab An-Nahyu ‘an Isti’malin Nisa fi Hukmi no. 2/305 no. 5403.

- Al-Hakim dalam Mustadraknya, Kitabul Fitan wal Malahim 4/570 no. 8599 dan beliau menyatakan: “Hadis ini sanadnya sahih dan keduanya (Bukhari dan Muslim) tidak mengeluarkannya.”

- Imam Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, bab La Yuwalli Al-Wali Imra`atan wala Fasiqan wala Jahilan Amral Qadla, Kitab Adabul Qadli, 10/201 no. 20362.

- Imam Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, Kitabul Imarah wal Qadla, bab Karahiyatu Tauliyatin Nisa 6/60 no. 2486. Kata beliau: “Hadis sahih.”

- Al-Khatib At-Tibrizi dalam Misykatul Mashabih, Kitabul Umarah wal Qadla pasal pertama 2/1091 no. 3693.

- Al-Imam As-Suyuthi dalam Jami’us Shaghir, lihat Faidlul Qadir karya Al-Munawi 5/386 no. 7393 dan beliau (Suyuthi) memberi kod: “Sahih.”

Dari berbagai jalan dari Al-Hasan dari Abi Bakrah radiyallahu ‘anhu, baginda menceritakan:


لَقَدْ نَفَعَنِيَ اللهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَيَّامَ الْجَمَلِ بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ. قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ أَهْلَ فَارِسٍ قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى. قَالَ: (فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ

“Sungguh Allah telah memberi aku manfaat dengan satu kalimat yang aku dengar dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari perang Jamal, setelah hampir saja aku bergabung dengan Ashabul Jamal (Aisyah dan orang-orang yang bersamanya) dan berperang bersama mereka.” Beliau (Abu Bakrah) berkata: “Tatkala sampai (khabar) kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa penduduk Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai ratu mereka, baginda bersabda: (lalu baginda menyebutkan hadis di atas).”

Asy-Syaikh Al-Muhaddis Muhammad Nasiruddin Al-Albani berkata dalam kitabnya (Irwaul Ghalil 8/109 no. 2456): “Al-Hasan tersebut adalah Al-Bashri. Dia mudallis (orang yang suka menyamarkan perawi sebuah hadis) dan dia meriwayatkan hadis ini secara mu’an’an (dengan menggunakan lafaz ‘an yang ertinya “dari”)[1] pada semua jalan yang tersebut (dalam rujukan) di atas. Namun hadis ini memiliki jalan lain dari Abi Bakrah yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad 5/38 & 47 melalui jalan ‘Uyainah: Telah menceritakan kepadaku dari ayahku dari Abi Bakrah dengan lafaz:


لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ أَسْنَدُوْا أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً

“Tidak akan bahagia / jaya suatu kaum yang menyandarkan urusan mereka kepada seorang wanita.”

Saya (Al-Albani) berkata: “Sanadnya jayyid (bagus). ‘Uyainah adalah putra Abdurrahman bin Jausyan. Dia seorang tsiqah (terpercaya), demikian pula ayahnya.”

Oleh kerana itulah beliau mensahihkan hadis ini dalam Al-Irwa` 8/109 no. 2456 dan 8/235 no. 2613, Sahihul Jami’ no. 5225, Sahih Sunan At-Tirmidzi no. 1847 dan Sahih Sunan An-Nasa`i no. 4981.

Sehingga secara ilmu hadis, riwayat hadis ini darjatnya sahih dan dapat dijadikan sebagai dalil atau hujjah.

Adapun pernyataan Prof Dr. Nurcholis Majid dalam makalahnya yang dimuat di Harian Jawa Pos terbitan Minggu, 8 November 1998 halaman 1:

“Hukum agama (Islam) tidak secara tegas mengatakan boleh atau tidaknya wanita menjadi ketua negara atau kepala pemerintahan….”

Dia juga menyatakan:

“Memang ada hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang menganjurkan jawatan ketua negara atau kepala pemerintahan semestinya dijawat oleh lelaki, meskipun begitu hadis-hadis tersebut lemah.”

Dan insyaAllah hadis yang dia maksud adalah hadis yang sedang kita bahas, maka kita katakan:

Lihatlah pernyataan yang dilontarkan oleh seseorang yang disebut-sebut sebagai tokoh “cendekiawan muslim”. Ucapan yang dilontarkan di saat musuh-musuh Islam sedang berusaha menghancurkan bangsa yang majoriti penduduknya beragama Islam, dengan mengangkat seorang wanita sebagai ketua negara. Pernyataan di atas tidak keluar melainkan dari dua kemungkinan:

1. Pernyataan tersebut dilontarkan oleh seorang yang jahil (bodoh) yang sama sekali tidak mengerti kaedah ilmu hadis dalam masalah tashhih (mensahihkan) dan tadl’if (melemahkan) sehingga orang tersebut perlu diajari semula sampai dia mengerti / memahami. Dan sungguh naif orang seperti ini disebut cendekiawan / tokoh muslim, apalagi ulama.

2. Pernyataan tersebut dilontarkan oleh sahibul hawa (pengikut hawa nafsu) yang mempunyai misi dan tujuan untuk membuat makar terhadap kaum muslimin. Maka kita harus memperingatkan umat dari bahaya pemikirannya.

Kalaulah kita melihat dan meneliti sepak terajangnya dalam dunia Islam dengan pemikiran dan pernyataan-pernyataannya yang menyimpang, maka dua kemungkinan di atas ada pada dia, sekalipun yang kedua lebih menonjol. Wallahu musta’an.

Sangatlah disayangkan pada zaman moden seperti sekarang ini atau yang biasa disebut era globalisasi, masih banyak kaum muslimin yang tidak menjadikan hadis tersebut di atas dasar, dalil / hujjah dengan alasan kuno yang sudah lama dilontarkan rasionalis sesat yang berkiblat kepada orang kafir dari Yunani kuno. Alasan bahawa hadis tersebut adalah ahad (diriwayatkan oleh satu orang / satu jalan), seperti pernyataan seorang Wahyuni, Pengurus Pusat Kajian ‘Elsad, yang beroperasi di Surabaya yang mana dalam tulisannya yang berjudul “Presiden Perempuan di mata Islam”, yang dimuatkan dalam Jawa Pos pada hari Isnin, 2 November 1998 di halaman 4.

Pemikiran tersebut menyimpang kerana pemikiran seperti ini menyalahi prinsip Islam itu sendiri. Al-Qur`an dan hadis serta kesepakatan para ulama Islam yang diakui keilmuannya telah menunjukkan bahawa semua hadis sahih yang datang dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam baik ianya ahad ataupun mutawatir wajib diterima sama ada yang mengenai masalah aqidah mahupun hukum-hukum syariat. Dan hadis-hadis tersebut dapat dijadikan dasar hukum. Apabila ada seseorang yang menyelisihi kesepakatan ini, maka dia telah mengadakan perkara baru (membuat bid’ah) dalam masalah agama. Lihat penjelasan Imam Asy-Syafi’i tentang masalah ini dalam kitabnya Ar-Risalah halaman 401 – 453 dan Al-Muhaddits Muhammad Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya Al-hadis Hujjatun bi Nafsihi fil Aqa’id wal Ahkam halaman 51-72.

Ada pula beberapa tokoh yang menyatakan bahawa hadis di atas tidak dapat dijadikan dasar dengan alasan latar belakang penuturan hadis ini (asbabul wurud). Hadis ini diucapkan oleh Rasulullah pada saat baginda mendengar khabar bahawa penduduk Parsi mengangkat puteri Kisra iaitu Buran sebagai ketua negara mereka. Melihat latar belakang yang demikian, tampak hadis di atas sangat memfokuskan kepada perkara tertentu (menunjukkan pada konteks tertentu). Demikian dinyatakan oleh Dr. Said Aqil Siradj, dalam tulisannya yang berjudul “Pro dan Kontra Presiden Wanita” yang dimuat di Jawa Pos, Sabtu 21 November 1998 dan pernyataan Dr. Alwi Shihab, seorang pengajar lulusan Universiti Harvard, Amerika Syarikat, dan juga ketua PKB dalam tulisannya yang berjudul “Memperhatikan Prinsip daripada Label”. Dimuat di Jawa Pos terbitan Selasa 17 November 1998.

Kita katakan: Sebab penuturan hadis di atas memang seperti yang telah dijelaskan. Namun kalau kita lebih meneliti riwayat-riwayat hadis ini dalam rujukan yang telah kita cantumkan di awal, maka kita akan mendapatkan penjelasan bahawa hadis ini tidak spesifik atau menunjukkan konteks tertentu yakni dalam hal ini adalah penduduk Parsi. Buktinya, sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam di atas dijadikan dasar oleh Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu untuk tidak bergabung dengan pasukan yang dipimpin oleh Aisyah radhiyallahu ‘anha dalam perang Jamal. Bahkan hadis ini dijadikan pedoman untuk menilai kedua belah pihak (pasukan Ali bin Abi Thalib dan pasukan Aisyah).

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari 13/60 setelah membawakan hadis di atas menyatakan: “Al-Ismaili menambahkan di akhir hadis dari jalan An-Nadlr bin Syumail dari Auf bahawa Abu Bakrah menyatakan:


فَعَرَفْتُ أَنَّ أَصْحَابَ الْجَمَلِ لَنْ يُفْلِحُوا

“Maka saya tahu bahawa ashabul jamal (Aisyah dan tenteranya) tidak akan berjaya / menang.” (Lihat Irsyadul Sari 5/49 oleh Al-Qasythalani)

Pernyataan beliau radhiyallahu ‘anhu, bukan kerana ada tentangan politik seperti yang dikatakan saudari Wahyuni Widyaningsih, namun ianya adalah murni semata-mata menyampaikan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kita katakan demikian kerana beliau salah satu sahabat Rasul, sedangkan para ulama telah sepakat bahawa semua sahabat adalah ‘udul (adil). Ini juga menunjukkan pemahaman beliau terhadap hadis tersebut.

Pernyataan beliau juga tidak bererti menghina atau meremehkan kemampuan Aisyah radhiyallahu ‘anha. Ibnu Bathal menukilkan dari Al-Muhallab, beliau menjelaskan :

“Zahir hadis Abu Bakrah terkesan mengingkari pendapat Aisyah dalam perbuatan yang ia lakukan, padahal tidaklah demikian. Kerana menurut pendapat yang masyhur, Abu Bakrah pada dasarnya sependapat dengan Aisyah, iaitu ingin mengadakan perdamaian di kalangan pihak yang bertelingkah dan tidak bermaksud untuk berperang. Namun tatkala api peperangan telah menyala, orang-orang yang bersama Aisyah mahu tidak mahu harus ikut berperang. Abu Bakrah sendiri tidak pasti dengan pendapatnya. Hanya saja beliau mendapatkan firasat bahawa mereka akan kalah kerana mereka dipimpin oleh Aisyah, tatkala beliau teringat sabda Rasul tentang bangsa Parsi…”

Pernyataan beliau ini menunjukkan bahawa faktor penentu utama bagi posisi ketua negara adalah gender, bukan semata-mata soal integriti, kemampuan dan dukungan masyarakat. Kerana kita semua sepakat bahawa Aisyah memiliki kemampuan dan pada waktu itu mendapat dukungan dari sebahagian sahabat Rasul. Wallahu a’lam.

Dari sinilah kita kembali kepada kaedah masyhur yang telah disepakati oleh para ulama:


الْعِبْرَةُ بِعُمُوْمِ اللَّفْظِ لاَ بِخُصُوْصِ السَّبَبِ

“Yang menjadi patukkan pengambilan suatu hukum adalah pengertian umum dari suatu kata, dan bukan pada konteks atau sebabnya yang spesifik.”

Juga ada kaedah usul fiqh:


إِذَا وَقَعَتِ النَّكِرَةُ فِي سِيَاقِ النَّفْيِ أَوْ النَّهْيِ أَوِ الشَّرْطِ أَوِ اْلإِسْتِفْهَامِ دَلَّتْ عَلَى الْعُمُوْم

“Apabila isim nakirah terletak setelah teks nafi (peniadaan) atau nahi (larangan) atau syarat atau istifham (pertanyaan), maka ia menunjukkan makna umum.” (Lihat Al-Qawaidul Lisan li Tafsiril Qur`an [masuk bagian Tafsir As-Sa`di] 5/472 dan Al-Ushul min ‘Ilmil Usul hal. 23 oleh Syaikh Ibnu Utsaimin)

Lafaz hadis di atas sesuai dengan kaedah tersebut dimana kata qaumun قوم sebagai isim nakirah jatuh setelah teks nafi iaitu lan yuflih لن يفلح, maka hadis tersebut di atas menunjukkan pengertian umum.

PENJELASAN HADIS

Hadis di atas dijadikan dasar para ulama untuk melarang seorang wanita memangku jawatan sebagai ketua negara. Berikut ini akan saya nukilkan keterangan ulama berbagai mazhab tentang hadis di atas:

- Ibnu Hazm Adh-Dhahiri dalam kitabnya Al-Fashl 4/110 menyatakan: “Seluruh golongan Ahli kiblat (muslimin), tidak ada seorang pun dari mereka yang membenarkan kepemimpinan seorang wanita.” (Lihat Al-Imamatul ‘Udhma hal. 246).

- Ibnu Qudamah Al-Maqdisi dalam kitab Al-Mughni 10/92 menjelaskan alasan seorang wanita tidak boleh menjadi hakim atau pemimpin:

“… kerana seorang hakim (qadi) harus menghadiri tempat pengadilan dan kumpulan lelaki dan memerlukan pandangan yang tajam serta kecerdasan akal yang sempurna. Sementara wanita adalah makhluk yang kurang akalnya, dangkal pandangan pemikirannya, tidak boleh hadir pada tempat berkumpulnya kaum lelaki dan tidak diterima persaksiannya (dalam pengadilan) sekalipun 1000 (seribu) wanita selama tidak ada laki-laki (yang ikut jadi saksi). Allah telah mengingatkan sifat pelupa mereka dalam firman-Nya:


أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى

“…supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya….” (Al-Baqarah: 282)

Seorang wanita tidak layak memangku jawatan pemimpin tertinggi dan tidak pula mengatur sebuah negara. Oleh kerana itu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, para khalifahnya dan para ulama yang datang sepeninggalan baginda tidak pernah mengangkat seorang wanita sebagai hakim atau menjadi gabenor sebuah wilayah di suatu negara. Menurut berita yang sampai kepada kami, kalaulah boleh, maka tidak akan kosong seluruh masa dari kepemimpinan wanita….”

- Abu Muhammad Al-Husain bin Mas’ud Al-Baghawi dalam kitabnya Syarhus Sunnah 6/60 menjelaskan:

“(Para ulama) sepakat bahawa seorang wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan hakim (qadi) kerana seorang imam (pemimpin) perlu keluar untuk menguruskan permasalahan jihad (perang) dan urusan kaum muslimin. Sementara seorang hakim harus keluar untuk memutuskan berbagai permasalahan. Sedangkan wanita adalah aurat, tidak boleh keluar (dari rumahnya). Wanita sering kali tidak mampu menguruskan banyak perkara kerana kelemahannya dan disebabkan wanita itu kurang (agama dan akalnya). Padahal kepemimpinan dan kehakiman itu adalah jabatan yang memerlukan kesempurnaan, tidak boleh dijawat kecuali oleh kaum lelaki yang sempurna….”

- Abu Bakar Ibnul ‘Arabi Al-Maliki dalam kitabnya Aridlatul Ahwadzi juz 9/119 setelah membawakan hadis ini menjelaskan:

“Hadis ini menunjukkan bahawa kepemimpinan itu adalah hak lelaki. Tidak ada bahagian bagi wanita dalam masalah ini menurut kesepakatan (ulama).”

- Muhammad Abdurra’uf Al-Munawi dalam kitabnya Faidhul Qadir 5/386 setelah menyebutkan hadis ini menyatakan:

“…yang demikian itu kerana kekurangan yang ada pada seorang (wanita) dan kelemahan pandangannya (rasionalnya), juga kerana seorang pemimpin dituntut untuk keluar menguruskan masalah rakyat. Sedangkan seorang wanita adalah aurat yang tidak mungkin keluar melakukan tugas seperti itu. Maka dia tidak sah menjadi seorang pemimpin dan hakim.”

- At-Thibi menjelaskan:

“Hadis ini menyandarkan ketidakbahagiaan, ketidakjayaan bangsa Parsi secara ta’kid (penekanan) dan pada hadis ini ada isyarat bahawa kejayaan milik bangsa Arab, sehingga berita ini merupakan mu’jizat.”

- Imam As-Shan’ani dalam Subulus Salam Kitabul Qadla 4/229 menjelaskan hadis ini:

“Di dalam hadis ini ada dalil yang menunjukkan tidak bolehnya seorang wanita memimpin sesuatu pun dari hukum-hukum yang bersifat umum di kalangan muslimin….”

Beliau juga menegaskan:

“Hadis ini mengkhabarkan tentang ketidakjayaan suatu kaum yang mengangkat wanita sebagai pemimpin. Sedangkan kita dilarang melakukan sesuatu yang mengakibatkan ketidakjayaan / ketidakbahagiaan pada diri kita dan diperintahkan untuk berusaha mengerjakan sesuatu yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan.”

- Imam Asy-Syaukani dalam kitabnya Nailul Authar juz 8/272 bab Al-Mu`min Wilayatil Mar`ati was Shabiyi wa Man La Yuhsinul Qadla menerangkan:

“Pada hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa seorang wanita bukanlah orang yang utama dan berhak menjadi pemimpin. Bahkan tidak halal bagi suatu kaum mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin. Sedangkan menjauhkan diri dari perkara yang membawa kepada ketidakbahagiaan adalah wajib.”

- Dalam kitabnya yang lain iaitu As-Sailul Jarar 4/505 ketika berbicara tentang syarat seorang pemimpin harus lelaki, beliau menyatakan:

“…Alasannya adalah kerana kaum wanita adalah orang yang kurang akal[2] dan agamanya sebagaimana yang disabdakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Orang yang seperti itu keadaannya, tentu saja sangat tidak mampu mengurusi masalah umat. Oleh sebab itulah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadis yang sahih:


لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً

“Tidak akan berjaya suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita.”

- Al-’Allamah Muhammad Amin Asy-Syinqithi dalam Adlwaul Bayan 1/52 menjelaskan:

“Termasuk syarat ketua negara adalah dia mestilah seorang lelaki. Tidak ada ikhtilaf dalam masalah ini di kalangan para ulama. Dalilnya adalah hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan yang lainnya dari hadis Abi Bakrah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala sampai pada baginda dikhabar bahawa penduduk Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai ratu (ketua negara), baginda bersabda: (hadis di atas).”

- Shafiyur Rahman Al-Mubarak Furi dalam Ithaful Kiram hal. 417-418 menerangkan:

“Hadis ini umum mencakupi semua kepemimpinan dalam suatu pemerintahan sampai ke jawatan terkecil sekalipun. Walaupun hadis ini disabdakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala sampai berita bahawa penduduk Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin (ketua negara) mereka…”

- Abdullah bin Abdurrahman Al-Bassam dalam Taudhihul Ahkam 6/142 juga menjelaskan:

“Hadis ini secara tegas menyatakan tidak sah kepemimpinan seorang wanita, dan suatu masyarakat atau bangsa yang mengangkat seorang wanita sebagai pemimpin tidak akan bahagia, baik dalam urusan duniawi mahupun urusan ukhrawi. Ini adalah pendapat jumhur ulama, di antaranya adalah tiga imam madzhab di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah iaitu Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad.”

- Sementara Abu Hanifah berpendapat boleh mengangkat wanita sebagai pemimpin dalam masalah hukum kecuali hukum-hukum had. Namun pendapat ini bertentangan dengan nas dalil dan fitrah Rabbani…. “Sekalipun dia (wanita) memiliki kekuatan dan mendapat dukungan masyarakat, tetap mereka tidak akan bahagia / berjaya dalam urusan duniawi mahupun urusan agama. Wallahul musta’an.” (Lihat kembali ucapan ulama tentang Abu Hanifah pada edisi 29 majalah Salafi)

Demikian penjelasan para ulama jaman dahulu mahupun sekarang tentang hadis ini atau permasalahan yang dibahas dalam hadis ini. Semuanya menjelaskan tidak bolehnya wanita menjadi pemimpin. Hujjah mereka kita susun sebagai berikut:

1. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tersebut dalam surat An-Nisa 34:


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita). Dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka….” (An-Nisa: 34)

Sila lihat perbahasan ini dalam rubrik Tafsir edisi kali ini.

2. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sedang kita bahas kali ini, berikut penjelasan ulama tentangnya.

3. Ijma’, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, para khalifah baginda dan generasi setelah mereka sampai sekarang ini tidak pernah mengangkat wanita sebagai pemimpin. Ini menunjukkan adanya kesepakatan di kalangan mereka (ijma’). Ijma’ (kesepakatan ulama) merupakan argumentasi yang signifikan kerana Allah tidak akan mengumpulkan umat ini di atas kesalahan.

Kalau ada yang mengatakan bahawa kaum wanita pada waktu itu tidak ada yang menjawat jawatan sebagai pemimpin kerana kondisi sosial dan kedudukan wanita yang sangat buruk seperti pernyataan Dr. Alwi Shihab dalam tulisan beliau yang berjudul “Memperhatikan Prinsip daripada Label” yang dimuat di Jawa Pos, Selasa, 17 November 1998, maka kita dapati:

1. Kita semua sepakat bahawa syariat yang Allah menetapkan melalui lisan Rasul-Nya sallallahu ‘alaihi wa sallam telah sempurna. Dijelaskan Rasul melalui sunahnya dan telah dipraktikkan baginda bersama para sahabatnya radliyallahu ‘anhum.

Apa yang dilakukan oleh Rasul dan para sahabatnya adalah yang terbaik dan membawa kebaikan dunia dan akhirat. Kerana itu, kita juga perlu mengikuti jalannya. Apa yang ditinggalkan Rasul dan para sahabatnya (padahal baginda mampu dan mungkin mengerjakannya) adalah buruk, tidak membawa kebaikan, kebahagiaan dunia dan akhirat, maka kita pun harus pula meninggalkannya.

Apabila Rasul memberitahukan tentang suatu perbuatan / amalan yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan, maka kita harus menyakini kebenaran berita tersebut dan kita berusaha melaksanakan amalan tersebut.

Dan apabila Rasul memberitahukan tentang suatu amalan yang membawa kepada ketidakbahagiaan atau ketidakjayaan, maka kita harus membenarkannya dan kita diperintah untuk menjauhi / meninggalkan hal tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

“Apa sahaja yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkannya….” (Al-Hasyr: 7)

2. Kita semua menyakini bahawa syariat Allah adalah adil, sesuai dengan fitrah dan dapat diterapkan di setiap tempat dan masa. Apa yang Allah dan Rasul-Nya tetapkan, itulah yang terbaik bagi umat ini dan apa yang Allah dan Rasul-Nya larang, itulah yang akan membawa kesengsaraan dan kebinasaan umat ini. Ketetapan ini berlaku bagi semua manusia, baik laki-laki mahupun wanita, bangsa Arab mahupun bukan arab.

3. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah sabdanya yang masyhur telah memberitakan:


خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُم ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُم

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku (sahabat) kemudian yang setelah mereka (tabi’in), kemudian yang setelah mereka (tabi’ut tabi’in)….” (Muttafaqun ‘alaihi, lihat Al-Misykah no. 3767)

Kondisi sosial suatu masyarakat tidak boleh dinilai dengan material semata-mata. Kerana kita melihat kenyataan adanya suatu negeri yang baik dari segi material namun rosak dari segi moral dan keagamaannya sehingga berlaku pelbagai aksi jenayah dan berbagai masalah masyarakat di negeri tersebut. Kebahagiaan dan kejayaan negeri itupun bersifat fizikal semata-mata.

Maka sebaik-baik kondisi sosial suatu masyarakat yang pernah ada di dunia ini adalah generasi Nabi berserta para sahabatnya, tabi’in dan tabi’ut tabi’in.

4. Sejarah membuktikan, pada zaman jahiliyah sebelum diutusnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, darjat, harta, dan martabat kaum wanita dipjak-pijak. Mereka dihina dan dilecehkan. Hak-hak mereka tidak dipenuhi. Bayi wanita dikubur hidup-hidup dan mereka hanya dijadikan sebagai pemuas hawa nafsu berahi kaum lelaki. Namun setelah diutusnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan ada syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala, Islam telah mengangkat darjat kaum wanita, hak-hak mereka dipenuhi, kehormatan mereka dilindungi dan Allah Ta’ala memberikan kepada mereka suatu jawatan yang mulia dan sesuai dengan fitrah kewanitaan mereka.

Apabila kaum wanita diberikan suatu jawatan yang tidak sesuai dengan fitrah kewanitaannya, bahkan jawatan itu akan membuat mereka kembali kepada zaman jahiliyah, maka bererti hak-hak mereka kembali dipijak=pijak, tidak dipenuhi dan menentang misi Islam itu sendiri.

Maka pernyataan yang dilontarkan oleh Dr. Alwi Shihab di atas yang mewakili misi orang-orang kafir berupaya merosakkan kehidupan di dunia ini dengan mengembalikan kaum wanita seperti zaman jahiliyah dahulu. Dan kesemua ini dimanupulasi dengan nama partisipasi / penyertaan wanita, kebebasan berfikir (tidak jumud) dan berbagai label lainnya.

Pernyataan di atas justeru itu menunjukkan kejumudan cara berfikir Dr. Alwi Shihab yang gemar meniru pemikiran fizik rasionalis yang sesat baik dahulu mahupun sekarang. Wallahul musta’an.

4. Kaum wanita adalah aurat, mereka diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya untuk tinggal di rumah demi menjaga kehormatan dan haknya. Mereka tidak boleh keluar rumah ke tempat perkumpulan lelaki kecuali kerana terpaksa dan harus dengan mahram. Allah Ta’ala memerintahkan dengan firman-Nya:


وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

“Dan hendaklah kaum (isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu….” (Al-Ahzab: 33)

5. Kaum wanita adalah makhluk yang kurang dari segi akal dan agamanya, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam:


مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرِّجَالِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ، قُلْنَ: وَمَا نُقْصَانُ دِيْنِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولُ اللهِ؟ قَالَ: أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلُ نِصْفَ شَهَادَةِ الرَّجُل؟ قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: فَذَلِكَ نُقْصَانُ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُم؟ قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: فَذَلِكَ مِنْ نُقْصَانِ دِيْنِهَا

“Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang mampu meluluhkan hati seorang laki-laki yang tegas kecuali kalian (kaum wanita).” Mereka (para sahabat wanita) bertanya: “Apa yang menyebabkan kurangnya agama dan akal kami, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Bukankah persaksian wanita seperti setengah persaksian seorang lelaki?” Mereka menjawab: “Ya.” Baginda menjawab: “Maka itulah yang dimaksud kurang akalnya. Bukankah apabila wanita haid, dia tidak solat dan tidak puasa?” Mereka menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: “Itulah yang dimaksud kurang agamanya.” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari 364 dan Muslim 79)

6. Syarat utama yang menentukan posisi jawatan ketua negara adalah gender, dan para ulama telah sepakat dalam hal ini (iaitu laki-laki), bukan semata-mata kemampuannya, kesediannya ataupun dukungan masyarakatnya.

Syubhat dan Bantahannya

Muhammad Al-Ghazali dalam kitabnya As-Sunnah An-Nabawiyyah baina Ahlil Fiqhi wal hadis hal. 48-50 (telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dengan judul Studi Kritis terhadap hadis menyatakan bahawa:

“Hadis di atas tidak dimaksudkan sebagai prinsip Islam yang mewajibkan lelaki menjadi kepala negara kerana akan bertentangan dengan kandungan Al-Qur`an di surat An-Naml yang memuji kebijakan dan kearifan kerajaan Saba` (Ratu Sheba yang bernama Balqis). Dengan demikian, hadis di atas tidak dapat dijadikan sumber hukum.”

Pernyataan ini juga dinukil dan dilontarkan oleh Dr. Alwi Shihab dalam tulisannya yang dimuat di Jawa Pos Selasa 17 November 1998.

Jawapan dari syubhat di atas sebagai berikut:

1. Kita mempunyai prinsip bahawa Kalamullah (Al-Qur`an) selamanya tidak bertentangan satu sama lain. Demikian pula kita meyakini bahawa sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sahih, tidak akan bertentangan dengan Kalamullah, bahkan sebagai penjelas dan penerangnya. Allah Ta’ala berfirman:


أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلاَفًا كَثِيرًا

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur`an? Kalau kiranya Al-Qur`an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa: 82)

Bila kita mendapati adanya pertentangan dalam Al-Qur`an, maka kita harus membawakan masing-masing ayat kepada makna yang sesuai dengannya (dikompromikan) dan kita tidak boleh membuang atau menolak sebahagian ayat dan menerima sebagian yang lain, kerana perbuatan tersebut adalah akhlak musyrikin. Allah berfirman:


الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْءَانَ عِضِينَ

“(Iaitu) orang-orang yang telah menjadikan Al-Qur`an itu terbahagi-bahagi (yakni menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).” (Al-Hijr: 91)

2. Imam Al-Alusi dalam kitabnya Ruhul Ma’ani 10/185 menjelaskan firman Allah dalam surah An-Naml 23:


إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.”

Beliau menyatakan:

“Ayat ini tidak menunjukkan bolehnya seorang wanita sebagai ratu (pemimpin negara) dan tidak boleh dijadikan hujjah dengan perbuatan kaum kafir dalam permasalahan (kepemimpinan) ini. Dalam Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas[3] bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala menerima berita bahawa penduduk Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai ratu, baginda bersabda: (hadis tersebut di atas).”

Imam Al-Baghawi dalam Tafsirnya Ma’alimut Tanzil 3/414 juga menjelaskan ayat di atas dengan membawakan riwayat hadis tersebut.

Bahkan kalaupun terjadi pada masa itu orang-orang dijajah/diperintah seorang wanita maka itu adalah syariat orang sebelum kita contoh seperti ini misalnya; sujudnya keluarga Yusuf kepada Nabi Yusuf ‘alaihissalam. Dengan penjelasan dari para ulama yang telah sebutkan di atas dan bantahan berbagai syubhat sekitar masalah ini, maka jelas bagi kita bahawa kaum wanita tidak boleh menjadi kepala negara. Inilah prinsip Islam yang harus diyakini para penganutnya .

Dan kita menasihatkan kepada kaum muslimin dan muslimat agar mereka mengetahui (mempelajari) prinsip agama mereka supaya mereka mantap memeluk dan meyakini dan tidak terombang-ambing dengan “teriakan” orang-orang yang berusaha bermati-matian melakukan makar untuk menghancurkan kehidupan bangsa dan negara, sekalipun dikenali atas label “reformasi” dan “perjuangan demokrasi”.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan bangsa dan masyarakat kita dari kehancuran dan kebinasaan. Dan mudah-mudahan Allah Ta’ala mengukuhkan hati, iman dan taqwa kita supaya kita tetap di atas al-haq (kebenaran) di dalam permasalahan yang terjadi di negara kita.


Ya Allah,

perbaikilah keadaan pemerintah kami.

Berilah taufiq dan hidayah kepada mereka.

Anugerahkan kepada mereka kesihatan dan keadilan dalam memimpin kami

dan jadikanlah teman akrab mereka orang-orang yang soleh yang Engkau redhai.

Amin ya mujibas sailin.


DAFTAR RUJUKAN :

1. Adlwaul Bayan, Muhammad Amin Asy-Syanqithi, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, takhrij Muhammad Abdul Aziz al-Khalidi.

2. Al-Imamatul ‘Udhma, Abdullah bin Umar Ad-Dumaiji, cet. Dar Thayyibah.

3. Al-Mughni, Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, cet. Darul Fikr.

4. Al-Mustadrak, Al-Hakim An-Naisaburi, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyah, Dirasah wa tahqiq Musthafa Abdul Qadir ‘Atha.

5. Aridlatul Ahwadzi, Abu Bakar Ibnul Arabi Al-Maliki, cet. Dar Ihyaut Turats.

6. Al-Qur`anul Karim.

7. As-Sailul Jarar, Imam Asy-Syaukani, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid.

8. As-Sunanul Kubra, Imam Al-Baihaqi, cet. Darul Kutub Ilmiyyah, tahqiq Muhammad Abdul Qadir ‘Atha.

9. Fathul Bari, Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani, cet. Dar Ad-Dayyan At-Turats.

10. Faidlul Qadir, Al-’Allamah Muhammad Abdur Rauf Al-Munawi, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, tashshih Ahmad Abdus Salam.

11. Irwaul Ghalil, Muhammad Nasiruddin Al-Albani, cet. Al-Maktab Al-Islami.

12. Irsyadus Sari, Al-Qasthalani, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, tashshih Muhammad Abdul Aziz Al-Khalidi.

13. Ithaful Kiram, Shafiyur Rahman Al-Mubarak Furi, cet. Darul Faiha dan Dar As-Salam.

14. Nailul Authar, Asy-Syaukani, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, tashshih Muhammad Salim Hasyim.

15. Ma’alimut Tanzil, Al-Baghawi, cet. Darul Ma’rifah, tahqiq Khalid Abdurrahman Al-’Ukk dan Marwan Suwar.

16. Misykatul Mashabih, Al-Khatib At-Tibrizi, cet. Al-Maktab Al-Islami, tahqiq Muhammad Nasiruddin Al-Albani.

17. Ruhul Ma’ani, Mahmud Al-Alusi, cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah, tashshih Ali Abdul Bari Athiyah.

18. Sahih Jamius Shaghir, Al-Albani, cet. Maktab Al-Islami.

19. Sahih Sunan At-Tirmidzi, Al-Albani, cet. Maktab Al-Islami.

20. Sahih Sunan An-Nasa`i, Al-Albani, cet. Maktab Al-Islami.

21. Subulus Salam, Ash-Shan’ani, cet. Darul Fikr, tahqiq Muhammad Abdul Qadir ‘Atha`.

22. Syarhus Sunnah, Al-Baghawi, cet. Maktabah At-Tijariyah, tahqiq Said Al-Lahham.

23. Taisirul Karimir Rahman, Nashir As-Sa’di, cet. Darul Fikr, muraja’ah ‘Alaus Said.

24. Taudlihul Ahkam, Abdullah Al-Bassam.


--------------------------------------------------------


[1] Orang yang suka menyamarkan perawi hadis, tidak diterima hadisnya kecuali dia mengatakan dengan jelas bahawa dia mendengar sendiri secara langsung dari perawinya, misalnya dengan lafaz: “Berkata kepadaku”, “aku mendengar darinya”, atau “dia mengabarkan kepadaku”. Adapun jika dia mengatakan dengan tidak jelas seperti: “dari fulan”, belum tentu ia mendengar darinya secara langsung. Boleh jadi melalui perawi yang ia sembunyikan kerana dia seorang mudallis. Ed.↩

[2] Lemah dalam menganalisa suatu persoalan.↩

[3] Yang terdapat dalam Sahih Bukhari bukan dari Ibnu Abbas radliyallahu ‘anhu, namun dari Abi Bakrah radliyallahu ‘anhu. Mudah-mudahan Allah mengampuni kesalahan beliau (Al-Alusi) rahimahullah.↩

(Sumber: Majalah Salafi rubrik hadis edisi XXX/1420 H/1999 M, judul asli Menolak Kepemimpinan Wanita. Penulis ustaz Muhammad Afifuddin. Dikutip dari http://salafy.iwebland.com/baca.php?id=24).

sumber: http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=717

Post a Comment

0 Comments