ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 3 July 2014

YDP MPMUM TAK FAHAM PROSES PERLANTIKAN DEKAN & PENGARAH DI UM - EXCO MPMUM

Oleh : Mohd Faridzuan Karim 

[Speaker Penggerak Mahasiswa, Pengerusi Exco Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPPUM 2013/2014, YDP Persatuan Sains Universiti Malaya)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maklumbalas berkenaan dengan kenyataan YDP Majlis Perwakilan Pelajar UM, Fahmi Zainol berhubung dengan desakan Perletakan Jawatan Pengarah UMCEDEL

Perhatian : Tulisan yang di 'Italic'kan merupakan kenyataan dangkal Fahmi Zainol. Manakala yang tidak di 'Italic'kan adalah fakta sebenar.

KENYATAAN YDP MPPUM

Baca sepenuhnya disini : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=904735749552834&set=a.568405929852486.146556.100000492511980&type=1&theater

MAKLUMBALAS / FAKTA

1. "Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.

YDP MPPUM hanya mengandaikan bahawa terdapat campurtangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KSU II) berhubung dengan Perletakan Jawatan Pengarah UMCEDEL. Beliau sendiri tidak dapat memastikan dan membuktikan kebenaran dakwaan ini.

2. "Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

"Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

YDP MPPUM memberi kenyataan tanpa fakta. Fakulti Sastera & Sains Sosial bukan merupakan fakulti yang kedua terbaik di UM bagi kebolehpasaran graduan, yang sebenarnya Fakulti Sastera & Sains Sosial berada di tempat yang ke-6.

Memandangkan YDP MPPUM ini merupakan pelajar di FSSS dan beliau juga turut mengakui bahawa Prof Redzuan merupakan mentor beliau di fakulti. Jadi, tidak hairanlah kenapa YDP MPPUM begitu mempertahankan Prof Redzuan.

Walaupun VC UM secara peribadi menelefon dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku, YDPM MPPUM memilih untuk tidak mendengar dan memahami bagaimana proses pelantikan dilakukan. Semua Dekan dan Pengarah yang baru dilantik mempunyai masa selama 3 tahun untuk berkhidmat dan yang pastinya jika Prof Redzuan tetap dilantik semula sebagai dekan beliau tidak akan dapat bertugas selama 3 tahun kerana beliau akan pencen pada tahun 2015.

3. "Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?

"Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel,"

Ini sekadar kenyataan yang tidak matang dari YDP MPPUM. Untuk makluman, UM mempunyai beberapa Pusat Kecemerlangan Penyelidikan yang telah berjaya mengeluarkan hasil dan kualiti penyelidikan yang cemerlang berbanding UMCEDEL. Membandingkan UMCEDEL dengan Majlis Profesor Negara (MPN) hanya bertujuan untuk memberikan persepsi negatif kepada MPN di mata masyarakat. YDP MPPUM tidak faham akan tujuan dan penubuhan MPN pada dasarnya. 

Sehingga kini, hasil penyelidikan UMCEDEL masih tidak diterbitkan dalam mana-mana ISI jurnal antarabangsa namun hanya menghiasi dada akhbar tempatan terutamanya akhbar pihak pembangkang.

"Saya sendiri mendapat panggilan terus daripada naib canselor UM berkenaan isu pelantikan dekan FSSS di universiti.

"Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.

"Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan," katanya.

Fahmi berkata, jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.

"Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun," katanya. – 30 Jun, 2014.

YDP MPPUM tidak faham mengenai proses pelantikan dekan dan pengarah di UM. Beberapa fakulti mengadakan pengundian untuk memilih ahli akademik yang sesuai sebagai dekan dan pengarah mereka. Sekiranya terdapat lebih dari seorang calon yang dipilih, pihak Pengurusan UM akan mengdakan sesi pembentangan terhadap calon-calon yang terpilih untuk membentangkan idea dan misi mereka sekiranya dilantik sebagai Dekan dan Pengarah.

Dalam konteks Fakulti Sastera & Sains Sosial, Profesor Mohammad Redzuan turut membuat pembentangan namun ahli panel yang terdiri dari daripada ahli Pengurusan UM berpendapat calon lain iaitu Prof Dr Md Sidin Ahmad lebih sesuai dan menepati kriteria-kriteria sebagai Dekan berbanding Profesor Mohammad Redzuan. Pemilihan Prof Dr Md Sidin bertepatan memandangkan beliau adalah bekas Timbalan Dekan (Pasca Ijazah) Fakulti Sastera dan Sains Sosial selama lima tahun dan calon terbaik bagi menyambung budaya penyelidikan yang terbaik di FSSS.

Kesimpulannya, YDP MPPUM bercakap dan memberi kenyataan secara rambang dan tidak tepat berhubung dengan perletakkan jawatan Profesor Mohammad Redzuan sebagai Pengarah UMCEDEL. Perkara ini sangat memalukan dan menjatuhkan kredibiliti Majlis Perwakilan Pelajar UM.

Yang benar
Mohd Faridzuan Karim

2 comments:

  1. Terbaik....

    ReplyDelete
  2. aku selalu buat perbandingan. yang datang daripada penyokong pembangkang selalunya terlalu emosi, kurang masak dan serangan-serangan membuta tuli tanpa fakta. cubalah gunakan segala fakta yang jelas, bukan agak2 atau persandarkan kepada persepsi semata-mata. kalahkan fakta2 dari mereka yang tidak berpihak atau berkecuali. boleh begitu? adakah pembangkang dicipta semata2 untuk menunjukkan kebodohan mereka berhujah? selama mana mereka ini bangga dengan kebodohan mereka ni. sudah2 la tu...

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute