ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 11 August 2014

ADUN BN SOKONG MB SELANGOR - TPM MUHYIDDIN YASSIN

Dipetik dari : MyNewsHub

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari Barisan Nasional di Selangor kesemuanya menyokong Menteri Besar tanpa sebarang syarat.

Dengan kenyataan itu, dilihat telah wujud kerjasama tidak langsung antara parti PAS dan UMNO dalam usaha menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat serta ikhlas,” katanya.

Perkara ini jelas akan membuntukan lagi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menempatkan ADUN Kajang iaitu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Misi itu diburukkan lagi kerana Abdul Khalid kini bukan lagi Ahli PKR dan Anwar sudah pasti tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang arahan kepada beliau dalam soal kedudukan berkenaan.

Abdul Khalid pula mendapat sokongan jelas daripada 15 orang ADUN PAS dan juga 12 orang ADUN BN menjadi kerjasama tidak langsung ini kepada 28 sokongan kesemuanya bagi Abdul Khalid.

Selain itu, empat orang Exco Negeri dari PAS tetap komited untuk terus bekerjasama dengan Abdul Khalid dalam mentadbir negeri Selangor.

Jumlah empat orang itu sudah mencukupi bagi korum untuk diadakan Mesyuarat Exco dan Abdul Khalid boleh terus bertugas sebagai Menteri Besar.

Krisis politik di Selangor memperlihatkan ia mungkin akan selesai dan stabil semula dalam tempoh lebih lama tetapi ia menunjukkan kemungkinan kerjasama antara PAS dan UMNO akan berlaku tidak lama lagi.

Selain itu, perkembangan terbaru di Selangor mencipta sejarah baru apabila Abdul Khalid menjadi satu-satunya Menteri Besar yang mendapat perkenaan Sultan untuk meneruskan tugas dengan status ADUN bebas tanpa parti.

Ia adalah kerana pada Sabtu lepas, Lembaga Disiplin PKR telah bertindak memecat Abdul Khalid daripada menjadi ahli parti kerana ingkar arahan supaya berundur.


8 comments:

  1. Mrk merancang, Allah (swt) Merancang dan Allah (swt) adalah Sebaik baik Perancang.
    Moga dpt menjadi titik mula persefahaman dan kerjasama sesama Islam.

    ReplyDelete
  2. Malaysia nama negara ku. TANAH MELAYU tinggalan nenek moyang ku.

    ReplyDelete
  3. DAP & PKR kena checkmate oleh TSKI dan UMNO. Umno (12 Adun) + PAS (15 Adun) + 2 (TSKI & PA) = 29 ADUN berbanding PKR & DAP = 27. TSKI dpt sokongan majoriti. DAP & PKR bakal hilang kerusi exco. Pandai2 tupai melompat, mereka terupa katak2pun boleh melompat juga.

    ReplyDelete
  4. Good reform exco....peace administration....good government

    ReplyDelete
  5. Pertanian adalah industri. Jangan pedulikan anwar yg dh kejang kejung.... Jom tanam kacang, biar khalid tanam anwar.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute