ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 12 August 2014

KHALID IBRAHIM PECAT SEMUA EXCO SELANGOR DARI PKR DAN DAP

Oleh : AJ

Kah..Kah..Kah... 

Semua dah kena pangkah...

Tak dapat merasa elaun dah...

Kereta sila pulangkan haa...

Kediaman Exco dah boleh kosongkan haa.

Pejabat dah bleh tutup haa...

Ubah?!!! Ini KHALIDLAH!!!

KHALID PECAT KESEMUA EXCO DAP DAN PKR

Oleh : Anuar Mansor

SHAH ALAM 8 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan telah memecat serta merta kesemua Exco dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Menurut Khalid, beliau telah menulis surat untuk memaklumkan dan memohon perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai pemecatan berkenaan semalam.

Alasan pemecatan yang dipersembahkan kepada Sultan adalah kesemua Exco berkenaan telah berpakat dan mewujudkan satu blok yang bertujuan untuk melemahkan perjalanan pentadbiran negeri.

"Saya telah menghantar surat pemecatan berkenaan kepada semua mereka kecuali kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dari PKR, Rodziah Ismail yang kini berada di luar negeri.

"Pemecatan ini berkuat kuasa serta merta," jelas beliau kepada media ketika ditemui di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau dalam masa sama menjelaskan pemecatan berkenaan tidak melibatkan Exco-exco dari Pas.

Terdahulu, Exco-exco dari kedua-dua parti DAP dan PKR berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan bersama menyatakan akan terus melaksanakan tugas sebagai sebagai Exco.

Khalid bagaimanapun tidak mengulas mengenai kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Laporan dari Bernama pula :

EMPAT EXCO SELANGOR PAS TERUS BERKHIDMAT DIBAWAH KEPIMPINAN ABDUL KHALID

SHAH ALAM, 12 Ogos 2014 - Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti yang diarahkan oleh pucuk pimpinan parti itu.

Seorang daripada Exco berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau dan tiga lagi Exco juga akan berbincang untuk mencari jalan terbaik dalam mentadbir kerajaan negeri.

"Kita putuskan untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco seperti dikehendaki PAS pusat...itu sahaja yang boleh saya komen," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari Selasa.

Selain Dr Ahmad Yunus, tiga lagi Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Yunus berkata beliau telah berjumpa Abdul Khalid hari ini bagi melihat kedudukan anggota Exco yang tidak meletak jawatan. "Saya ada jumpa Menteri Besar dalam dua hingga tiga minit sahaja untuk fikir bagaimana nak bekerja untuk rakyat sebab yang lain (anggota Exco) ada di luar...tiada apa perbincangan lain kecuali ini saja," katanya.

Selain Dr Ahmad Yunus, turut kelihatan hadir di Bangunan SUK hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong Keat Ping dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim, kedua-duanya daripada DAP.

Teng ketika ditemui pemberita bagaimanapun berkata tiada sebarang pertemuan diadakan dengan Abdul Khalid, namun beliau hadir ke pejabat untuk bekerja seperti biasa.

Wong pula enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran beliau dan hanya berkata "no comment" kepada pemberita.

Sementara itu, dua Exco kerajaan negeri daripada PKR iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi gagal dihubungi.

Semalam, Abdul Khalid dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan barisan Exco kerajaan negeri secara individu hari ini bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan.

Abdul Khalid menghadapi krisis kepimpinan apabila PKR memecatnya sebagai anggota parti pada Sabtu lepas ekoran keengganan beliau mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya.

Anggota Exco kerajaan negeri Selangor dibarisi empat wakil PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR.

Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1059769

3 comments:

  1. fenin nuar, orang dia dalam kerajaan Selangor telah di pecat..jika anwar fikir dia boleh pecat Khalid dengan sesuka hati sebab nak kan bini dia jadi MB, sekarang Khalid lagi bijak dengan memecat orang PKR dan DAP, buat apa ada duri dalam daging..orang tua tua dah kata, kalau ada bisul, elok di buang supaya tak melarat,..orang muda pulak kata, kalau ada cell cancer, cepat cepat buang takut melarat..pihak istana sunnguh bijak...masaalah PKR nak di persembahkan buat apa..sultan mahu negri berfungsi untuk rakyat bukan nak dengar kucar kacir PKR...orang ramai tahu PKR adalah parti serabut, takkan orang serabut nak mentadbir negeri.. anwar patut di tolak, dan orang PKR patut tinggalkan parti serabut tu..

    ReplyDelete
  2. Khalid jenis berpendirian, berani. Harap PAS tak jadi lalang.
    Aku harap ini juga boleh jadi titik mula kerjasama sesama umat Islam PAS-UMNO utk kebaikan ummah dan negara.
    Dgn UMNO-BN bukan setakat EXCO, menteri pun boleh.

    ReplyDelete
  3. lepas ni kita harap tiada lagi cerita PKR..PKR dah hancur PKR di ujudkan untuk anwar, dan di kuburkan kerana Anwar..orang PKR, cari lah parti lain yang lebih bersih berpolitik, rakyat dah bosan dengan lanhkah anwar...merosakkan negeri Selangor...masaalah yang di cipta oleh anwar.....mungkin anwar and family sedang makan besar dan ketawa besar sebab dapat celarukan orang Selangor..wikileaks kata anwar ada banyak duit kat bank luar Negara termasuk Israel...kalau betul patut ke kita percaya malaun ni..

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute