ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 12 August 2014

SEKELUARGA HANGUS TERBAKAR

Oleh : AJ

Sebuah rumah sedang terbakar. Didalamnya, sepasang suami isteri, dan sepasang anak mereka sedang terperangkap. Jiran-jiran yang menyedari kejadian itu cuba membantu. Kumpulan Jiran yang Pertama, cuba memberikan air kepada mangsa yang terperangkap, agar mangsa yang terperangkap itu dapat memadamkan api dari dalam rumah mereka. Namun mereka gagal menyalurkan bekalan tersebut kerana air yang dibekalkan itu tertumpah di pertengahan jalan. Ada yang cuba memadamkan api dengan penyembur pemadam api, namun usahanya menjadi sia-sia kerana mereka tidak tahu menggunakan alat berkenaan. Mungkin ini disebabkan mereka tidak pernah menerima latihan dan pendidikan dalam menggunakan alat pemadam kebakaran itu.

Dalam masa yang sama, Kumpulan Jiran kedua, mengalihkan halangan yang menghalang mangsa yang terperangkap untuk keluar menyelamatkan diri. Setelah halangan berjaya dialihkan, kumpulan jiran kedua itu mula berteriak, memanggil-manggil mangsa yang terperangkap untuk keluar menyelamatkan diri. Mereka meminta mangsa meninggalkan barang-barang berharga yang ada didalamnya. Namun tindakan kumpulan kedua itu dihalang kumpulan Jiran pertama.

Kumpulan jiran pertama itu menyatakan, kawasan kejiranan itu sering dipecah masuk pencuri yang gemar mencuri barang-barang berharga. Maka perlu tuan rumah yang berada dalam kebakaran itu untuk terus tetap berada disitu. Malah kumpulan Jiran yang pertama itu menyatakan mereka telah mempunyai alat pemadam kebakaran yang cukup untuk dibawa masuk dan digunakan oleh mangsa kebakaran tersebut.

Akhirnya, keluarga yang terperangkap dalam kebakaran rumah itu hangus dijilat api.

Nota : Apa pandangan anda? Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

1 comment:

  1. Kebakaran itu adalah malapetaka yang bukan sahaja boleh membunuh tapi memusnahkan harta benda. Sentimen kecuaian dan kesilapan manusia itu sendiri yang menjadi faktor berlakunya malapetaka kebakaran. Kita tak kunci rumah penyamun masuk, kita tak tutup air bil air melambung, Kita tak kawal pergerakan anak kita macam-macam perkara yg tidak diingini berlaku, Bercakap pasal keselamatan kebakaran, masih ramai yang 'buta pasal keselamatan kebakaran'. Kedua orang ramai mesti bersikap positif dan rasional. Sebagai ketua keluarga anda adalah doktor kepada penyelesaian keluarga, bertindaklah sebagaimana seorang polis yang menjaga keselamatan keluarga, menjadi wali dan imam sembahyang kepada anak-anak dan keluarga, menjadi hakim kepada petikaian keluarga dan menjadi Bomba yg tahu menjaga keselamatan nyawa keluarga dan harta benda. Itulah institusi keluarga bahagia dan institusi keluarga juga adalah merupakan sebuah kerajaan kecil. Saya insaf dan amat bersedih berkenaan tragedi yang menimpa sebuah keluarga seperti dalam cerita diatas, Salam takziah.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute