ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 29 August 2014

SOLAT SUNAT (SUNNAH) SELEPAS SOLAT JUMAAT

Oleh: Mromi

وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيْهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أَرْبَعًا
67 – (881)

Dan telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya telah mengkhabarkan kepada kami Khalid bin Abdullah dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu dia berkata Rasulullah ﷺ bersabda: 
Jika salah seorang dari kalian telah menunaikan solat Jumaat, maka hendaklah dia solat empat rakaat setelahnya.
(Sahih Muslim : 881 – 67)

وَ حَدَّثَنَا أَبُوْ بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ إِدْرِيْسَ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيْهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
إِذَا صَلَّيْتُمْ بَعْدَ الْجُمُعَةِ فَصَلُّوْا أَرْبَعًا زَادَ عَمْرٌو فِي رِوَايَتِهِ قَالَ اِبْنُ إِدْرِيْسَ قَالَ سُهَيْلٌ فَإِنْ عَجِلَ بِكَ شَيْءٌ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ فِي الْمَسْجِدِ وَرَكْعَتَيْنِ إِذَا رَجَعْتَ
68 – (881)

Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Amru An Naqid keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Idris dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu  dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda : 
Jika kalian ingin solat (sunah) setelah menunaikan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat. Amru menambahkan di dalam riwayatnya; Ibnu Idris berkata, Suhail berkata ; Jika kamu terburu-buru (kerana suatu keperluan), maka solatlah dua rakaat di Masjid dan dua rakaat di rumah.
(Sahih Muslim : 881 – 68)

وَ حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيْرٌ ح و حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالاَ حَدَّثَنَا وَكِيْعٌ عَنْ سُفْيَانَ كِلاَهُمَا عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيْهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُصَلِّيًا بَعْدَ الْجُمُعَةِ فَلْيُصَلِّ أَرْبَعًا وَلَيْسَ فِي حَدِيْثِ جَرِيْرٍ مِنْكُمْ
69 – (881)

Dan telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Jarir -dari jalur lain- Dan telah menceritakan kepada kami, Amru An Naqid dan Abu Kuraib keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Waki’ dari Sufian keduanya dari Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah Radhiallahu’anhu dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda:
Barangsiapa di antara kalian yang ingin menunaikan solat setelah solat Jumaat, maka hendaklah dia solat empat rakaat. Sedangkan di dalam hadis Jarir tidak terdapat kata, diantara kalian.
(Sahih Muslim : 881 – 69)

وَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَمُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ قَالاَ أَخْبَرَنَا اللَّيْثُ ح و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللهِ:
أَنَّهُ كَانَ إِذَا صَلَّى الْجُمُعَةَ اِنْصَرَفَ فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ
70 – (882)

Dan telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dan Muhammad bin Rumh keduanya berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Laits -dalam jalur lain- Dan telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Laits dari Nafi’ dari Abdullah :
Bahawasanya bila dia telah menunaikan shalat Jumaat, maka dia pulang dan solat dua rakaat di rumahnya. Kemudian dia berkata, Rasulullah ﷺ biasa melakukan amalan tersebut.
(Sahih Muslim : 882 – 70)

وَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ وَصَفَ تَطَوُّعَ صَلاَةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
فَكَانَ لاَ يُصَلِّي بَعْدَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَنْصَرِفَ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ فِي بَيْتِهِ قَالَ يَحْيَى أَظُنُّنِي قَرَأْتُ فَيُصَلِّي أَوْ أَلْبَتَّةَ
71 – (882)

Dan Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya ia berkata; Saya telah membacakan kepada Malik dari Nafi’ dari Abdullah bin Umar bahawa dia mengikuti solat tathawwu’ Rasulullah ﷺ, dia berkata:
Biasanya baginda tidak solat setelah Solat Jumaat hingga baginda pulang, kemudian, barulah baginda solat dua rakaat di rumahnya. Yahya berkata; saya menduga kuat, bahawa saya telah membacakan; Maka (baginda) solat atau Al Batah (benar-benar).
(Sahih Muslim : 882 – 71)

حَدَّثَنَا أَبُوْ بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ نُمَيْرٍ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا عَمْرٌو عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيْهِ:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي بَعْدَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ
72 – (882)

Dan Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb dan Ibnu Numair -Zuhair berkata- telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah telah menceritakan kepada kami Amru dari Az Zuhri dari Salim dari bapaknya:
Bahawa Nabi ﷺ biasanya solat dua rakaat setelah solat Jumaat.
(Sahih Muslim : 882 – 72)

حَدَّثَنَا أَبُوْ بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُمَرُ بْنُ عَطَاءِ بْنِ أَبِي الْخُوَارِ:
أَنَّ نَافِعَ بْنَ جُبَيْرٍ أَرْسَلَهُ إِلَى السَّائِبِ ابْنِ أُخْتِ نَمِرٍ يَسْأَلُهُ عَنْ شَيْءٍ رَآهُ مِنْهُ مُعَاوِيَةُ فِي الصَّلاَةِ فَقَالَ نَعَمْ صَلَّيْتُ مَعَهُ الْجُمُعَةَ فِي الْمَقْصُوْرَةِ فَلَمَّا سَلَّمَ اْلإِمَامُ قُمْتُ فِي مَقَامِي فَصَلَّيْتُ فَلَمَّا دَخَلَ أَرْسَلَ إِلَيَّ فَقَالَ لاَ تَعُدْ لِمَا فَعَلْتَ إِذَا صَلَّيْتَ الْجُمُعَةَ فَلاَ تَصِلْهَا بِصَلاَةٍ حَتَّى تَكَلَّمَ أَوْ تَخْرُجَ فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنَا بِذَلِكَ أَنْ لاَ تُوْصَلَ صَلاَةٌ بِصَلاَةٍ حَتَّى نَتَكَلَّمَ أَوْ نَخْرُجَ
73 – (883)

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Ghundar dari Ibnu Juraij dia berkata, telah dikhabarkan kepadaku oleh Umar bin Atha` bin Abul Khuwar:
Bahawa Nafi’ bin Jubair mengutusnya kepada Sa`ib putera saudara perempuan Namir untuk bertanyakan sesuatu yang pernah dilihat oleh Mu’awiyah dalam solat, maka Sa`ib berkata, Benar aku pernah solat Jumaat bersama Mu’awiyah di dalam Maqshurah (suatu ruangan yang dibangun di dalam masjid). Setelah imam salam, aku berdiri di tempatku kemudian aku menunaikan solat sunnah. Ketika Mu’awiyah masuk, dia mengutus seseorang kepadaku dan utusan itu mengatakan, Jangan kamu ulangi perbuatanmu tadi. Jika kamu telah selesai mengerjakan solat Jumaat, janganlah kamu sambung dengan solat sunnah sebelum kamu berbincang-bincang atau sebelum kamu keluar dari masjid. Kerana Rasulullah ﷺ memerintahkan hal itu kepada kita iaitu : Janganlah suatu solat disambung dengan solat lain, kecuali setelah kita mengucapkan kata-kata atau keluar dari Masjid.
(Sahih Muslim : 883 – 73)

وَ حَدَّثَنَا هَارُوْنُ بْنُ عَبْدِ اللهِ حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ اِبْنُ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عُمَرُ بْنُ عَطَاءٍ أَنَّ نَافِعَ بْنَ جُبَيْرٍ أَرْسَلَهُ إِلَى السَّائِبِ بْنِ يَزِيْدَ ابْنِ أُخْتِ نَمِرٍ وَسَاقَ الْحَدِيْثَ بِمِثْلِهِ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَلَمَّا سَلَّمَ قُمْتُ فِي مَقَامِي وَلَمْ يَذْكُرِ اْلإِمَامَ
(883)

Dan telah diceritakan kepada kami Harun bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Muhammad dia berkata, Ibnu Juraij berkata; telah dikhabarkan kepadaku Umar bin Atha`:

Bahawa Nafi’ bin Jubair telah mengutusnya kepada Sa`ib bin Yazid bin Ukhti Namir. Dia pun menyebutkan hadis yang semisalnya, hanya saja dia mengatakan; Ketika dia salam, saya langsung berdiri di tempatku. Dia tidak menyebutkan kata Imam.
(Sahih Muslim : 883)

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute