ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 20 August 2014

SUKARELAWAN KE GAZA KAHWINI GADIS GAZA

Dipetik dari : Suara TV

Gaza – Ekoran gencatan senjata yang diadakan, hasrat seorang sukarelawan yang ingin berkahwin dengan gadis Gaza akhirnya berjaya diadakan dalam satu majlis yang serba ringkas setelah tertunda beberapa kali.

Menurut laporan Mi’raj Islamic News Agency (MINA) Muhammad Husein Aji Muslim, merupakan seorang sukarelawan di Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) bernikah dengan pasangannya pada 17 Ogos lalu.

“Alhamdulillah impian saya menjadi nyata, dan ini merupakan berkat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, saya dapat menikahi muslimah dari Gaza.

“Semoga ini menjadi perekat ukhuwah Islamiyah antara muslimin di Indonesia dan muslimin di Gaza,” kata Husein penuh bahagia memetik laporan MINA.

Muhammad Husein sebelum ini dikatakan telah beberapa kali cuba meminang Jinan Ar-Raq, 18 yang berasal dari Khan Younis, selatan Gaza namun terpaksa membatalkan hasratnya itu beberapa kali ekoran perang yang sedang melanda negara itu.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Pejabat Urusan Agama Bandar Gaza itu dihadiri oleh ayah kepada pengantin wanita, dan rakan-rakan sukarelawan Muhammad Husein dari MER-C.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan mendukung saya, baik dengan moral atau pun material hingga terlaksananya pernikahan ini, serta mohon doa dari semua untuk keberkahan pernikahan kami,” ujarnya.

“Saya sangat bahagia atas pernikahan ini, dan semoga Allah memberkati kami berdua. Semoga pernikahan kami menjadi awal kemenangan Palestin dari penjajahan Israel,” ujar Jinan yang sudah menulis 20 novel karangannya sendiri.

Anak kelima dari keluarga Fauzi Ar-Raqb itu juga turut mengharapkan akan ada banyak lagi pemuda-pemuda dari Indonesia yang sudi bernikah dengan wanita Gaza sebagai satu usaha untuk memupuk ukhuwah yang lebih erat antara dua negara.

Rujukan lain :

http://aceh.tribunnews.com/2014/08/17/17-agustus-husein-resmi-menikahi-gadis-gaza

http://www.republika.co.id/berita/internasional/palestina-israel/14/08/19/naio9u-relawan-indonesia-sunting-gadis-gaza-pada-hari-kemerdekaan

Komen Pena Minang : Kahwin ni nikmat. Jadi kahwinlah. Cuma kalau semua nak kahwin ngan orang Gaza, sapa pula nak kahwin ngan orang Malaysia? Admin kouta hanya 4. Hehehehe

4 comments:

  1. Rosaklah anak dara Gaza ni bila dapat laki org Indon.
    Indon punya cara Islam rojak caca marba. Panca Sila jd teras mereka.
    Perempua2n GAZA mereka dlm dunia perjuangan Agama.
    Rosak2.. aduh.. pergi Gaza bawak balik anak dara sana..itu la keje ko Indon!

    ReplyDelete
  2. Lgi rosak pulak klo dpt org malaysia yg kerja malas bahkan agama keislamanx pon lbih bodoh dr indonesia.hai lho org melayu bodoh klo cakap jaga sikit you iri hati pasal tak ada pempuan nakkan kau bodoh,pasal you malas keje duit pon sijit cmn namax saja org malaysia tp miskinx semua perabot kreta jg semua hutang bodoh lah awak nih.

    ReplyDelete
  3. Lgi rosak pulak klo dpt org malaysia yg kerja malas bahkan agama keislamanx pon lbih bodoh dr indonesia.hai lho org melayu bodoh klo cakap jaga sikit you iri hati pasal tak ada pempuan nakkan kau bodoh,pasal you malas keje duit pon sijit cmn namax saja org malaysia tp miskinx semua perabot kreta jg semua hutang bodoh lah awak nih.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute