HADIS PALSU DALAM MASYARAKAT MELAYU

Oleh : Shahfizal Musa
Foto : Ikhwan Hashim

BANGI, 15 September 2014 - Kajian oleh seorang pakar hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 34.42% daripada hadis yang sering di petik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah palsu atau mawdu.

Professor Datin Paduka Dr Jawiah Akhir dari Fakulti Pengajian Islam mendedahkan hasil kajiannya itu dalam Syarahan Perdananya bertajuk, “Keberadaan Al-Mawdu dalam Masyarakat Melayu” di sini hari ini.

Beliau telah mengupas isu hadis palsu yang wujud dalam Islam hingga membawa kepada perpecahan umat pelbagai puak serta percanggahan dalam aqidah hingga merangkumi soal ibadat dan kehidupan.

Hadis Rasulullah ﷺ adalah sumber utama agama Islam selepas Al Quran tetapi dicemari dengan adanya hadis palsu yang memberi impak negatif kepada orang Islam dan pemahaman mereka terhadap Islam.

Hasil kajian Prof Jawiah mendapati daripada 825 hadis yang popular dalam masyarakat Melayu hanya 285 adalah mawdu.

Kajiannya juga mendapati hadis palsu itu bukan saja diperkatakan oleh orang yang tidak mempunyai kelayakan agama seperti perbincangan di kedai kopi atau jalanan tetapi oleh orang yang bertauliah dalam bidang agama seperti imam dan ustaz.



Hadis palsu demikian turut diungkapkan dalam kutbah Jumaat di seluruh negara, dalam kitab agama bahasa Arab, buku motivasi dan buku mengenai hari-hari penting dalam Islam seperti Israk-Mi’raj, kata Prof Jawiah.

Selain itu hadis palsu juga kedengaran di kaca TV dalam rancangan seperti Forum Perdana yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sendiri.

Beliau berkata apa yang berlaku adalah tokoh-tokoh agama termasuk imam dan ustaz mengambil jalan mudah dengan mengulangi hadis yang disampaikan oleh ‘ulama’ terdahulu.

Dengan itu hadis palsu demikian turut diulangi berkali-kali hingga merentasi zaman dan benua. Itulah sebabnya hadis palsu demikian terus digunakan sehingga hari ini, sedangkan hadis itu bukan dari Rasulullah ﷺ.

Prof Jawiah memberi contoh beberapa kitab mashyur oleh ulama terdahulu, yang secara tidak sengaja telah menggunakan hadis-hadis demikian dalam kitab-kitab mereka.

Beliau menyebut kitab seperti Durrah al Nasihin oleh Al-Hindi, Irshah ‘Ibad’ Ila Sabil Al Rashad oleh Sheikh Zayn Al-Din Al Malabari, Matla Al Badrayn dan Al Jawhar Al Mawhub wa Munabbihat Al Qulubby oleh Sheikh Ali Abd Al-Rahman Al Kelantani dan buku terkenal Ihya’ Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali.

Semua buku-buku itu mengandungi hadis sahih yang dicampur aduk dengan hadis mawdu dan hadis lemah.

Beliau menyebut kitab Ihya’Ulum Al Din oleh Sheikh Al Ghazali mengandungi sehingga 265 hadis yang dikenal pasti sebagai mawdu dalam pelbagai bab termasuk mengenai akidah. Sheikh Al Ghazali di penghujung hidupnya telah mempelajari ilmu hadis dengan mendalam.

Prof Jawiah hairan bagaimana hadis dipalsukan hingga telah menyelinap masuk ke kitab yang ditulis oleh ulama’ yang disegani dan telah menghuraikan sebab-sebabnya.

Pertama adalah untuk kepentingan politik di mana konflik yang tercetus di antara Sunni dan Syiah telah menyebabkan wujudnya hadis palsu. Masing-masing ingin menguatkan tuntutan mereka dan telah memalsukan hadis untuk mencapai maksud mereka.

Kedua adalah untuk kepentingan peribadi di mana hadis direka oleh penglipur lara untuk mengambil hati pendengar agar mereka diberi imbuhan wang.

Ketiga hadis boleh juga bertukar menjadi palsu apabila diterjemahkan dari bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Untuk memudahkan pemahaman banyak hadis dipendekkan dan tumpuan beralih daripada ketepatan kepada pemahaman, kata Prof Jawiah.

Turut hadir mendengar syarahannya ialah Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, dekan-dekan, pegawai-pegawai kanan UKM serta para pelajar.

Dipetik dari : UKM News Portal

Post a Comment

16 Comments

  1. Hanya Nabi Muhammand sahaja yang maksum, selain daripada Nabi, memang akan melakukan kesilapan. Dalam kes Ulama-Ulama besar seperti Imam Ghazali, ianya dikatakan kesilapan kerana kita bersangka baik ulama-ulama ini berniat baik dalam melakukan sesuatu perkara tetapi kerana tidak maksum, kesilapan tetap akan berlaku dan ini juga berlaku kerana keizinan dari Nya jua.

    Agak kurang manis Prof Jawiah menyatakan kehairanan beliau bagaimana hadis Maudu' ini boleh dipetik oleh Ulama seolah-olah beliau (Prof) tidak melakukan kesilapan dan memberi persepsi Ulama ini tidak teliti dan sengaja memetik hadis2 Maudu' ini. Perlu diingat, pada masa itu, ulama-ulama ini terpaksa bersusah payah merantau segenap ceruk untuk mencari ilmu dan pada masa itu juga mereka-mereka ini cuba mencipta kaedah terbaik dalam menentukan samada sesuatu hadis itu Sahih, Maudu', Daif, Hasan dan sebagainya.

    Kita hidup dizaman ini dengan segala kecanggihan amat mudah mendapatkan ilmu dan pada masa ini juga kita telah mempunyai kaedah terbaik dalam menentukan ketegori sesuatu Hadis. Bayangkan kita berada dizaman tersebut, mungkin kita tidak mempunyai apa-apa ilmu pun.

    Itu kita bercakap dari segi ilmu... belum cakap pasal amal, iman dan keikhlasan. Oleh itu, janganlah kita bercakap seolah-oleh memperkecilkan usaha Ulama-ulama terdahulu. Tanpa mereka, kita mungkin tak mengetahui sepotong hadis pun... Walahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bijaknya anda..saya setuju dengan anda...

      Delete
  2. Amat mudah menyalahkan atau memberi komen terhadap usaha orang lain tapi untuk kita menjadi pencipta atau pencetus sesuatu idea belum tentu dapat dibuat

    ReplyDelete
  3. Tumpuan Prof hanya pada sebahagian isi kitab Ihya, atau dengan kata lain...Memandang sebelah mata....

    ReplyDelete
  4. Saya juga setuju, ada kah ulamak2 terdahulu mengarang kitab2 berdasakan akal,sy rasa tidak sekali-kali kerana sy yakin mereka di kurnia oleh allah matahati yang terang,seperti kasyaf dan mereka membuat keputusan bersandar solat hajat,solat istikharah mhon petunjuk dari allah berkali-kali,bukan seperti setengah pihak pada hari ini membuat keputusan berdasarkan akal sekularisma.wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Berkata Al Ghazali

    Adapun nyanyian seorang budak perempuan untuk pemiliknya, maka tidak terpaham pengharamannya dari hadits ini. Bahkan bagi bukan pemiliknya boleh mendengar ketika tiada fitnah, berdalilkan apa yang diriwayatkan pada Ash-Shahihain (Shahih Al- Bukhari dan Shahih Muslim), tentang nyanyian dua budak perem­puan di rumah'A-isyah ra.

    ReplyDelete
  6. Apabila anda perhatikan kepada apa yang telah kami kemukakan itu, tentang jalan qias dan pemandangan, niscaya jelaslah kepada anda akan berlebih-kurangnya kedudukan Ali dan Ibnu Abbas r.a. tentang mendalami akan pengertian-pengertian dan memahami akan pengetahuan-penge-tahuan.
    Betapa tidak demikian? Pada hadits yang disepakati dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim (Ash-Shahihain) dari Jabir, dimana Jabir berkata: "Adalah kami melakukan al-'azal pada masa Rasulu'llah صلى الله عليه وسلم. sedang Al-Qur'an itu terus turun". Dan pada kata-kata yang lain: "Adalah kami melakukan al-'azal, lalu disampaikan yang demikian kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. maka beliau tidak melarang kami berbuat begitu". Dalam Ash-Shahihain juga dari Jabir, yang mengatakan: "Bahwa seorang laki-laki datang kepada Rasulu'llah صلى الله عليه وسلم. lalu berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai seorang budak wanita. Dia itu pelayan kami dan penyiram kurma kami. Aku selalu pulang kepadanya dan aku tidak suka ia mengandung".


    Bererti Al Ghazali Mementingkan Hadis Soheh

    ReplyDelete
  7. Kita juga merasa Hairan Apabila Wahabi mengatakan Bahawa Alghazali Belajar hadis setelah Akhir hayat, sedangkan dalam ihya Alghazali sendiri Berkata sebagaimana di bawah.

    Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم. menjawab: "Telah kukatakan: akan datang kepadanya, apa yang ditaqdirkan baginya". Semua itu tersebut dalam "Ash-Shahihain"

    ReplyDelete
  8. http://ihya-ahamba.blogspot.com/2012/10/18.html?view=sidebar

    Dibandingkan guru yang mursyid dengan para muridnya, adalah seumpama ukiran dari abu tanah dan bayang-bayang dari kayu. Bagaimanakah abu tanah itu terukir sendiri tanpa benda pengukir dan kapankah bayang-bayang itu lurus sedang kayunya bengkak?
    Karena itu, berkatalah pantun yang seirama dengan itu :
    "Janganlah engkau melarang suatu pekerti, sedang engkau sendiri melakukannya. Malulah kepada diri sendiri, dilihat orang engkau mengerjakannya!"
    Berfirman Allah Ta'ala :
    أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ
    (Ata' muruunan-naasa bil birri wa tansauna anfusakum).
    Artinya :"Adakah kamu menyuruh orang lain dengan berbuat baik dan kamu lupakan dirimu sendiri!".(S. Al-Baqarah, ayat 44).

    ReplyDelete
  9. tidak sewajarnyalah 'aqidah orang awwam itu dikacau-balaukan. Tetapi sewajarnyalah dia itu dibiarkan dengan urusannya. Sebab kalau diterangkan kepada si awwam itu pena'wilan-pena'wilan dari kedzahiran kata-kata maka terlepaslah apa yang terikat dalam hatinya. Dan tidak mudah lagi mengikatnya kembali dengan apa yang diikatkan oleh orang yang tertentu (orang alrkhawwash). Lalu terangkatlah dinding antara si awwam tadi dan perbuatan ma'siat. Dan bertukarlah dia menjadi setan penggoda, membinasakan dirinya sendiri dan orang lain.

    Bahkan, tidak layak orang awwam itu dibawa berkecimpung ke dalam ilmu hakikat yang pelik-pelik. Tetapi, cukupkan saja dengan mengajari peribadatan, mengajari amanah dalam pekerjaannya sehari-hari. Isikanlah jiwanya dengan keinginan kepada sorga dan ketakutan kepada neraka, seperti yang tersebut dalam Al-Quran Suci.
    Jangan dibangunkan pikiran mereka kearah keragu-raguan. Karena mungkin nanti keragu-raguan itu melekat dalam hatinya dan sukar dilepaskannya. Maka binasalah dan celakalah dia kesudahannya.

    ReplyDelete
  10. Saya sangat bersetuju dengan pendapat prof ini. Sebab itu saya jarang menonton syarahan agama di tv atau surauvdan masjid atau dimana2 jua kecuali saya rasa penceramah2 tersebut betul2 menepati syariat islam. Ramai ustaz2 sekarang cari makan dan glamour. Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tlg bagi petua macam mana nak tau ustaz yg betul menepati syariat islam.

      Delete
  11. 1. Ayat2 Al Quran sebagai asas
    2. Kemudian diiringi hadis2 sahih yg mutawatir, jika ada.
    3. Kemudian hadist sahih yg ahad, Jika ada,
    4. Kemudian yg hasan, jika ada,
    5. Kemudian yg dhaif, jika ada,
    6. Kemudian yg ikhtilaf kedhaifannya, jika ada,
    7. Kemudian yg ikhtilaf maudhu’nya, jika ada,
    8. Kemudian yg semata2 maudhu,

    APA ITU SALAH..?

    “Perkataannya di Ihya Ulumuddin "PADA UMUMNYA BAIK"
    (Majmu’ Fatawa 6/54).

    -jumlahnya ribuan hadist, bahkan ratusan ribu hadist
    -----------------------masak palsu semua......??????

    Read more: http://cafe-islamicculture.blogspot.com/2011/07/kupas-tuntas-kitab-ihya-ulumuddin.html#ixzz3Nm90nfAM

    ReplyDelete
  12. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




    atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.