ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 27 September 2014

SENARAI ULAMA YANG MENGKRITIK IHYA ULUMUDDIN TULISAN SYEIKH AL-GHAZALI

Oleh : Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir dan A.A.R

Sebenarnya ramai ulamak yg dah menegur kesalahan yg berada dalam kitab ihya ulumuddin. Kita hargai usaha yg dibuat Imam al ghazali dan tidak sepatutnya niatnya dipertikaikan. Namun....beliau bukan maksum. Jadilah seperti saintis barat.. Contoh teori atom Dalton telah digantikan dengan teori-teori atom yang lebih moden. Adakah " kemuliaan" Dalton terjejas? Tidak sama sekali. Imam al ghazali bukanlah pakar hadis seperti Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan seumpamanya. Maka tidak hairan jika imam-imam selepas Imam Al-Ghazali seperti Imam Al Jauzi, Imam Az Zahabi telah menegur ihya ulumuddin. Perkara ni dah umum di Timur tengah.

Antara kitab-kitab rujukan yang ada men-radd, mentakhkik, mensyarahkan dan membahaskan kesilapan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin secara ilmiah seperti berikut:

1. al-Kasyfu wal Inba’ fi al-Raddi ‘alal Ihya’ 
Karya: Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali al-Mazari al-Siqilli (Wafat 536H)
Beliau adalah pengarang kitab Syarah Sahih Muslim: al-Mu’lim bi Fawa’id Sahih Muslim

"Adapun berkenaan mazhab Sufiyah, aku tidak tahu kepada siapa beliau merujuk berkenaannya, tetapi aku melihat sebahagian ulasan yang diberi oleh pengikutnya bahawa beliau ada menyebut kitab-kitab Ibn Sina dan apa yang ada di dalamnya dan menyebut juga selepas itu kitab-kitab Abu Hayyan at-Tauhidi, pada pendapatku pada dialah (Abu Hayyan) beliau (al-Ghazali) merujuk dalam Tasawuf dan aku telah dikhabarkan bahawa Abu Hayyan ada mengarang kitab yang besar dalam ilmu ini (Tasawuf) dan di dalam al-Ihya' terdapat banyak hadis-hadis wahi (lemah dan palsu)" (Siyar A'lam an-Nubala')

2. Talbis Iblis
Karya: Imam Ibnul Jauzi (Wafat 597H)
Selain itu beliau juga mengarang kitab al-Muntazim, al-Maudhu’at al-Kabir, Zaadul Maasir fii ‘ilm Tafsir

"Dan datang pula Abu Hamid al-Ghazali lalu beliau menyusun untuk mereka (kaum Sufi) kitab al-Ihya' yang selari dengan jalan kaum dan dia memenuhkannya dengan hadis-hadis yang batil sedangkan dia tidak tahu kebatilannya...."

3. Al-Mughni ‘an haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar
Karya: Al-Hafiz Abd. al-Rahim bin al-Husain al-‘Iraqi (Wafat 806H)

Al Iraqi telah mengtakhrij 4583 hadis di dalam ihya' ulumuddin

(1) sekitar 1282 - hadis sahih 
(2) sekitar 357 - hadis Hasan
(3) sekitar 810 - hadis Dhaif
(4) sekitar 188 - hadis palsu

4. Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya'
Karya: Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi (Wafat 879H)

Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi telah mengarang kitab Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya' bagi menyempurnakan lagi takhrij terhadap hadis-hadis di dalam kitab Ihya yang banyak juga terdiri dari hadis-hadis maudhu' dan ada juga yang tersangat dhaif.

5. Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra
Karya: Ibnu As Subki (Wafat 771H)

Ibnu As Subki juga sudah menghuraikan sebahagian hadis dalam Al Ihya` yang bermasalah samada palsu (maudhu') atau hadis sesuai dengan bab-bab pembahasan Al Ihya`yang disertakan dalam Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra. Perbahasan memfokuskan pada hadis-hadis yang belum beliau jumpa asal-usulnya hadis tersebut.

6. Tasyid Al Arkan fi Laisa fi Al Imkan Ibda’ min Ma Kan
Karya: Al Hafiz As Suyuthi (Wafat 911H)

Al Hafiz As Suyuthi juga menulis sebuah risalah untuk membela sebahagian perbahasan dalam Al Ihya` yang dikritik selain sebahagiannya mengandungi banyak kesilapan seperti menggunakan hadis palsu. Risalah yang ditulis Imam As Suyuthi ini juga disertakan dalam Al Ihya yang diterbitkan bersama Al Ihya` pada tahun 1419 H.

7. Siyar A'lam an-Nubala'
Karya: Al Hafiz Az-Zahabi (Wafat 748H)

"Adapun al Ihya, padanya terdapat sejumlah hadis yang batil dan padanya ada kebaikan yang banyak jika sekiranya padanya tiada (di tuliskan) adab-adab, ritual-ritual, dan zuhud dengan cara Ahli Hikmah (Falsafah) dan Sufi yang menyeleweng"

8. Mukhtashar Minhaajul Qaashidiin
Karya: Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisy (Wafat 629H)

Kitab Minhajul Qashidin ini asalnya dari sebuah kitab yang disusun sebagai alternatif kepada kitab Ihya' 'Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Kitab Ihya' Ulumuddin mengajak kepada tazkiyatun nafs dan penyucian jiwa, namun di dalamnya mengandungi pelbagai bentuk kesilapan dan kesalahan hadis-hadis yang palsu (maudhu'), dhaif, dan mauquf.

Kitab ini disusun oleh Imam Ibnul Jauzi rahimahullah. Dan kemudiannya diperbaiki lagi dan diberi semakkan serta tambahan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah.

9. Al Bidayah Wan Nihayah
Karya: Al-Hafiz Ibnu Katsir (Wafat 774H)

"Kitab ini telah bercampur-campur dengan sesuatu yang halus yang berasal dari ajaran tasawuf dan amalan-amalan hati. Akan tetapi di dalamnya mengandungi hadis-hadis yang aneh, mungkar dan maudhu (palsu)"

10. Majmu' Al-Fatawa Syeikh Al-Islam
Karya: Syeikh Taqiyuddin Abbas Ahmad (Wafat 728H)

"Dan para Ulama telah mengingkari Abu Hamid atas perkara ini dalam kitab-kitabnya dan mereka berkata:

"Asal penyakitnya adalah kitab (al-Syifa') iaitu karya Ibnu Sina dalam ilmu Falsafah."

Dan padanya juga ada hadis-hadis dhaif bahkan yang palsu amat banyak dan padanya juga ada kesalahan dan karut-marut kesufian"

11. Buku Putih Ihya' Ulumuddin Imam al-Ghazali
Karya: Syeikh Muhammad Ahmad 'Isa

Kandungan kitab ini adalah dari Ihya' Ulumuddin setelah dibersihkan dari hadis-hadis palsu dan lemah serta dari berbagai macam kesalahan, kemudian menebarkan benih-benih kebaikan di dalamnya yang seiring dengan ayat-ayat Al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih.

Sejumlah syarah menambahkan lagi khazanah karakter buku ini sehingga menjadi bahan bacaan tambahan yang dapat membangkitkan jiwa, melembutkan hati, memperkuat keimanan, dan membinasakan keegoan yang menjadi pangkal segala macam kerosakan dan dosa, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute