ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 13 November 2014

APABILA JABATAN KERAJAAN 'MALU' BERBAHASA MELAYU

Nama jabatan dalam bahasa Inggeris terpampang di pintu masuk.
OKTOBER setiap tahun merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Antara matlamatnya adalah untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia serta menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan merentas semua sektor dan peringkat di dalam negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menerajui BBK atas sokongan penuh pucuk pimpinan negara merupakan agensi yang menguatkuasakan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam urusan rasmi dan pemaparan iklan serta papan tanda. Antara inisiatif lain yang dijalankan ialah program Audit Bahasa Melayu dan Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan agar jabatan dan agensi kerajaan khasnya menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam urusan rasmi.

Jabatan dan agensi kerajaan sewajarnya bersama-sama dengan DBP menggalas tanggungjawab tersebut agar bahasa Melayu mendapat tempat utama di dalam negaranya sendiri. Adakah perkara ini berlaku? Mungkin ya, mungkin tidak!


Nama jabatan berkenaan dalam bahasa Melayu kelihatan kerdil berbanding dengan yang berbahasa Inggeris.

Foto yang mengiringi makalah ini menceritakan segala-galanya. Bangunan jabatan berkenaan hanya 300 meter jaraknya dari Menara DBP tetapi aura perjuangan DBP seolah-olah tidak sampai ke sana.

Apakah sebabnya jabatan berkenaan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sukar untuk dicerakinkan oleh minda insan yang waras. Penulis cuba mereka-reka alasan jabatan berkenaan tidak mengutamakan bahasa Melayu untuk dipaparkan di pintu masuk bangunan tersebut.

Adakah staf jabatan berkenaan tidak mampu berbahasa Melayu? Tidak mungkin kerana hampir 100% stafnya orang Melayu! Adakah jabatan itu berurusan dengan masyarakat yang tidak faham bahasa Melayu? Mustahil kerana masyarakat di sekeliling bangunan tersebut ialah orang Malaysia yang faham dan bertutur dalam bahasa Melayu.  

Adakah jabatan tersebut milik negara asing? Tidak juga! Adakah dengan cara menamakan jabatan tersebut dengan bahasa Inggeris, maka citranya meningkat? Tidak mungkin kerana penggunaan bahasa tidak kena-mengena dengan citra organisasi!

Kita tidak akan menemukan sebarang alasan, kecuali satu: Insan-insan di dalam jabatan berkenaan dijangkiti sindrom rasa rendah diri yang sangat tenat jika menggunakan bahasa Melayu. Mungkin jabatan berkenaan berasa sangat besar dan dipandang mulia apabila “membunuh” bahasa Melayu menggunakan racun bahasa Inggeris!

Kita tidak perlu berasa sedih dengan tindakan jabatan berkenaan tetapi wajar berasa malu kerana jabatan kerajaan yang sepatutnya mengemudi usaha memartabatkan bahasa Melayu turut lemas malah mengagung-agungkan bahasa Inggeris pula. Rasa megah dan bangga menggunakan bahasa Melayu tidak menyerap dalam jiwa mereka. Tepuk dada, tanyalah minda!

Dipetik dari : KlikWeb DBP

6 comments:

  1. 5 tahun lagi, Mandarin jadi bahasa kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bahasa 1 ke?

      Delete
    2. Anon 14.45, sekrg. kaum PENDATANG RASIS makin licik - dlm.iklan kerja, walau dah tambah perlukan Bah. Melayu, tapi mesti juga pandai Bah. Mandarin serta Bah. Inggeris! Maka, Diskriminasi pd. BUMIPUTERA Islam/Melayu, terus lancaq! Dan DBP terus TIDOQ!

      Makcik sambal Belacan.

      Delete
  2. GERAMnya aku - perkara mcm. ni takkan terjadi di Barat sekalipun; di mana bahasa Kebangsaannya sangat diagungkan! Yg. DBP tu pula - TIDOQkah?! Teruslah bekas TUAN PENJAJAH kita, si British-Zionis ketawa BERDEKAH-DEKAH! Dahlah kat Sarawak, PENJAJAH Brooke serta bendera British-Kristiannya, diagungkan kembali oleh puak PEMISAH S'wak-Sabah!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute