BOLEH SALAM DENGAN BUKAN MAHRAM - MUZABZIB



Oleh : AJ

Dalam posting terdahulu, kami ada menampilkan 'teguran' Muzabzib kepada 'Ustaz-Ustaz Rasmi' yang didakwanya hanya kecoh dalam isu anjing tetapi diam dalam isu salam menyalam dikalangan pemimpin dengan rakyat yang bukan muhrim. Namun dalam video diatas, nampaknya, si Muzabzib inilah individu yang berpegang dengan pandangan Dr. Yusuf Al-Qaradawi bahawa boleh bersalam dengan perempuan yang bukan mahram sebagai salah satu kaedah dalam menunaikan hak-hak tradisi sesuatu bangsa.....

Post a Comment

15 Comments

  1. bahan rujuk yang sahih ialah quran dan hadith...kalau dah tak da baru guna cara lain untuk rujukan yang di benarkan islam...Qardawi yang kena tipu dengan Anwar kerana tidak amalkan dengar dan teliti sebelum mengeluarkan kata kata pun tak boleh pakai.....dia kata satu satu perkara tampa rujuk sebab kita anggap dia hebat..tapi tidak sebenarnya...kita sanjung dia sebab tu kita makin sesat...quran dan hadith ada rujuk, tak paham Tanya ulama yang berkelayakan....islam di Malaysia rosak sebab ada ustaz yang ingat dia hebat..tapi tak sampai ilmu guru pondok..

    ReplyDelete
  2. Bukan hendak kata, kebanyakkan ilmuan Islam sudah melampaui itjmak Ulama yang di lantik secara rasmi. Akibat nya sering berselisih pendapat kerana membelakangkan Fatwa dengan mengeluarkan 'fatwa' sendiri terutama yang gambar di atas itu... (kata kahwin lagi) Sekarang kita nampak akal atau nafsu ?

    Memang kita ada Empat Imam Besar. Tiada pula kategori wahabi dan syiah. Ikutan kita Mazhab Syafie dan di ketahui agak ketat peradaban nya yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah Rasulullah(Hadith sahih).

    Bersalaman dengan bukan muhrim dalam mazhab kita memang di larang. Jika terpaksa maka sebaik-baik adab, tapak tangan mesti lah berlapik kain tiada sentuhan kulit secara terus. Paling baik nya saling tunduk sedikit dengan senyuman. Jika terpaksa sekali pun, tanpa niat tersirat, Allah SWT itu lebih mengetahui. Segala apa yang berlaku dalam satu hari, di situ lah kebajikan dan amalan murni dengan hati yang ikhlas dapat membatalkan dosa-dosa kecil seharian tanpa sedar kecuali berbuat zina, syirik, derhaka ibu bapa dan membunuh manusia.

    Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT juga kita kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt ngan hang, ulama' ulama' kita dulu dulu dah habis ngaji, dah habis kaji dr segala sudut, gitu gak ngan Majlis Fatwa kita, tak payah la nak buat tafsiran tafsiran baru, masing masing tunjuk alim masing masing, buat keliru org awam je. Kalau ada yg tak setuju, simpan utk diri sendiri aje, jgn duk sebar pahaman kita tu, buat pecah belah umat aje. Salah betul pendapat kita tu, tunggu ajer kat Akhirat nanti, jika dijadikan amalan, jawablah sendiri jika salah.
      Bg yg kurang berilmu ikut ajela imam imam mazhab kita yg merupakan para mujtahid yg terkenal alimnya, ikut mrk bukan bererti tak ikut Quran atau tak ikut Hadis / Sunnah, tp sebenarnya adalah mengikut Quran dan mengikut Hadis / Sunnah sebgmn yg difahami oleh mrk yg jauh lbh alim jauh lbh berilmu dr kita sendiri. Permasalahan baru pula rujuk Majlis Fatwa kita, lbh selamat.

      Delete
    2. Boleh la aku meraba mak korg berlapik nanti...ckp gah...persis ulamak...hukum mana main amik blh berlapik plak...xrtau diam.

      Delete
  3. Ijtihad, qias, ijmak, 'uruf / adat / tradisi hanya terpakai jika tiada nas.
    MAZA ni lbh selamat dijauhi.

    ReplyDelete
  4. Sdra maee, saya sangatlah betsetuju dengan anda. Harap mus
    im di malaysia dapat menghayati apa yang sdra maee komen.....wallahualm

    ReplyDelete
  5. Ustaz ustaz tu semuanya cerdik pandai. Diuniversiti, Mereka belajar perbahasan ulama merentasi batasan mazhab dan aliran. You all ingat diaorang dapat kelulusan agama tu diaorang kutip kat tepi jalan ke? Kauorang tu yang xda kelulusan agama. Sebab tu kauorang tak faham bila diaorang ketengahkan pandangan yg terpilih dari kalangan ulama juga. Tu lah, kecik kecik tak nak belajar agama sungguh sungguh, pastu salahkan ustaz. Pergi universiti, ambik jurusan agama, baru boleh bercakap pasal agama. Ni nak bercakap pasal agama, mazhab syafie. Kitab imam syafie pun xtau. Xusahlah nk tunjuk pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnyk ust, mcm mcm pendapat, berlain lain pulak, mana satu nak ikut ?

      Delete
  6. Ikut Ustaz yang ikut al-Quran dan Hadis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ust pun kata dia ikut Quran dan Hadis.

      Delete
  7. salam,
    ikut ustaz yang sakit kapla. pasal sentuh anjing, sentuh bukan mahram pun tak dapat satu pandangan. apa tah yang lebih besar. tu dulu, dah ada 4 imam yang tak sependapat, dan kata ikut la yang mana nak ikut. kemudian turun lagi, banyak pulak tak sama, turun bawah lagi, lagi banyak ustaz tak serupa isi, turun bawah lagi, yang dulu ringan, dah jadi berat. nak kata ustaz ni berdakwah, tak pasti pulak ramai yang memeluk agama islam kat mesia ni. yang nampak orang cina makin jauh dengan islam ada. tang mana yang permudahkan dan beri yang menyenangkan pun tak tau. banyak dok dengar ustaz ceramah, kufur belaka kata mereka. dulu ya, ustaz cakap macam quran, tak bantah dah. la ni, ustaz cakap tak semestinya betul, pasal ramai ustaz masa muda kaki ponteng sekolah. bila ceramah, tak nampak dah dosa dulu, kira orang buat salah dosa besar belaka.

    ReplyDelete
  8. bila aku cakap asri poyo dalam posting pena minang sebelum ni,

    BEKAS CALON TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SINDIR DIRINYA SENDIRI

    ada orang marah, cakap credentials (dia kata profile) asri baguih dok ada.

    rupa nya memang betul asri pernah cakap boleh salam dengan bukan mahram. tapi bila timbul isu anjing ... sibuk spin pasal shahidan salam bukan mahram.

    kencing kuat ini orang.

    tak nak cakap aku poyo lagi ke bro?

    ha. ha. ha.

    kau dengan asri ... dua dua poyo.

    ReplyDelete
  9. makin tinggi korang belajar makin aku tak percaya kat korang semua..pasal apa?
    pasal korang belajar kat universiti yg ilmunya dah disukat2 dan dibeza2kan mengikut kehendak yahudi jer..sedarlah umat..jgn bangga kalau dpt ijazah tu..lebih2 lagi dlm jurusan agama..kat al azhar mesir pun dah ada pensyarah bukan islam ngajar bab tauhid,bab tasawuf..ko fikirlah sendiri..itu belum lg yg ambik phd kat universiti2 kapiang tu

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.