ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 15 November 2014

GEMPAR!!! : RUSSIA TUNJUK BUKTI TERBARU MH17 DITEMBAK OLEH MiG29 UKRAINE

Gambaran imej satelit yang didakwa kemungkinan diambil dari ruang orbit oleh pengintip satelit asing.
MOSCOW – Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan bukannya peluru berpandu dari darat ke udara.

Imej satelit yang menunjukkan peluru berpandu dari jet pejuang disasarkan ke arah pesawat penumpang telah tersebar, seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen utama Russia sejak malam tadi.

Laporan itu mendakwa gambar itu diambil daripada satelit Amerika Syarikat atau British.

Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terbang melalui ruang udara wilayah bergolak di Timur Ukraine ketika ia hilang dari radar.

Seramai 283 penumpang termasuk 80 kanak-kanak dan 15 anak kapal terbunuh dalam tragedi itu.

Imej yang diberikan oleh sumber misteri itu menunjukkan bagaimana pesawat pejuang Mig 29 memusnahkan pesawat Boeing.

Bagaimanapun, Barat berulang kali menyatakan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Moscow dengan menggunakan sistem peluru berpandu Buk buatan Russia.

Manakala Russia pula mempersoalkan kehadiran pesawat yang tidak dikenali ketika nahas itu berlaku, namun Ukraine dan Barat mendiamkan perkara ini.

Laporan sebelum ini menyatakan peluru berpandu Buk sebagai punca kepada tragedi.

Baca pendedahan Russia sebelum ini disini : 
PM YAHUDI UKRAINE DAN OBAMA PRO ISRAEL BAKAL KENA CHECKMATE DENGAN RUSSIA?

Sumber : ABN

2 comments:

  1. Mai kita nak dengaq BANTAHAN amat BERANI dan LANTANG Hishamuddin dan Kem. Luar! Jgn. asyik nak TUNDUK pd. si Barat-Zionis serta S'pura (yg. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO) – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009- cepat arahkan PENYIASATAN atas dakwaan Russia ini yg. dah ada bukti pun!

    Dahlah tak dak lansung BANTAHAN pd. Jerman (pusat-ZIONIS-no-1 serta makin anti-ISLAM di EU, dan menguasai NATO), yg. mahu menggunakan Kedutaannya utk. mewakili raykat ISrael-KEPARAT - lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/ , Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. PEMBETULAN:

    Mai kita nak dengaq BANTAHAN amat BERANI dan LANTANG Hishamuddin dan Kem. Luar! Jgn. asyik nak TUNDUK pd. si Barat-Zionis serta S'pura (yg. jadi pusat Mossad/ISrael-CIA-MI6-NATO – lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009) - maka, cepat arahkan PENYIASATAN atas dakwaan Russia ini yg. dah ada bukti pun!

    Dahlah tak dak lansung BANTAHAN pd. Jerman (pusat-ZIONIS-no-1 serta makin anti-ISLAM di EU, dan menguasai NATO), yg. mahu menggunakan Kedutaannya utk. mewakili rakyat ISrael-KEPARAT di Dunia Islam - lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/ , Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014!

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute