ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 5 November 2014

KEKANGAN DANA, PTPTN POTONG 5% PEMBIAYAAN UNTUK IPTA DAN 15% IPTS

Oleh : Soon Li Wei

KUALA LUMPUR, 3 November 2014 - Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dikurangkan lima peratus dan 15 peratus untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mulai 1 Nov.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata bagaimanapun, jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengurangan kerana yuran pengajiannya yang tinggi.

Katanya penyelarasan itu dibuat berikutan kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November ini.

"Satu daripada punca kekangan dana PTPTN adalah peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.

"Bagaimanapun, pelaksanaan penyelarasan ini telah dinyatakan dalam pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 yang telah dimaklumkan kepada semua IPTA dan IPTS di seluruh negara pada 29 Okt lalu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.



Mastura juga berkata, pihaknya telah melaksanakan kaedah penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai kaedah tapisan bagi menentukan kelayakan jumlah pembiayaan bagi semua peminjam baharu.

"Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN.

"Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000," katanya.

Katanya dalam usaha memastikan kelestarian PTPTN, kempen-kempen kesedaran, insentif bayaran balik dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi bayaran balik pembiayaan.

"Selain itu, tindakan pengurangan perbelanjaan juga perlu dilaksanakan oleh PTPTN berasaskan kedudukan kewangan semasa," katanya.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute