ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 9 November 2014

[KENYATAAN MEDIA] DATO' SERI JAMIL KHIR BAHAROM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DALAM ISU TRANSGENDER DAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTER IN ISLAM (SIS)

KENYATAAN MEDIA

MENTERI DI JABATAN PERRDANA MENTERI
YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN BERKENAAN SEKSYEN 66 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992 DAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH SISTERS IN ISLAM (“SIS”) TERHADAP KEPUTUSAN FATWA DI NEGERI SELANGOR BERKENAAN PEMIKIRAN LIBERALSME DAN PLURALISME AGAMA

1. Sepertimana yang kita sedia maklum, Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 telah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, telah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

2. Peruntukan berkenaan larangan bagi lelaki yang berpakaian seperti wanita adalah bertujuan untuk mencegah berkembangnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang secara jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak perlu memahami bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Dalam hal ini, bagi menjaga kepentingan Islam rayuan perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia melibatkan kewibawaan Pihak Berkuasa Agama Negeri sebagai badan yang memelihara kepentingan umat Islam. Ia juga untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa agama Islam negeri dalam membendung aktiviti yang cenderung kepada amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat Islam. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan turut memohon untuk mencelah dalam prosiding ini apabila pihak yang berkenaan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, memandangkan rayuan ini amat penting sebagai satu usaha untuk menentukan bidang penguatkuasaan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri, serta ajaran Islam itu sendiri perlu dipertahankan dengan apa jua cara dan keputusan ini akan memberikan kesan kepada peruntukan undang-undang yang sama di negeri-negeri lain.

4. Selain itu, tindakan Sisters In Islam (SIS) yang mencabar Fatwa berkenaan dengan fahaman Liberalisme di Selangor melalui Mahkamah Sivil merupakan suatu tindakan yang cuba mengheret Institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes berkaitan fatwa ESQ Leadership Centre Sdn Bhd pada tahun 2010 pernah menolak permohonan pihak yang mencabar Fatwa di Mahkamah Sivil atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.

5. Kita menyedari akan agenda di luar Islam yang bersungguh-sungguh untuk memesongkan akidah umat Islam melalui pelbagai cara. Oleh itu, adalah penting umat Islam untuk berwaspada dengan fahaman ini demi mempertahankan akidah Islam. Di samping yang sama, institusi Islam seperti Majlis Agama Islam Negeri harus berganding bahu bersama dalam menghadapi gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahad, 9 November 2014

9 comments:

  1. Mengapa datuk tak panggil hakim2 tu mengadap datuk?Kalau rakyat marhaen cepat jer JAKIM panggil mengadap mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ikut prosesla.... klu mcm kes anwar... menteri jumpa hakim2 pastile tak betulkan...?

      Delete
  2. Percanggahan Sivil dan Syariah :-

    1. Seperti TPM nyatakan perlu ada pertikaian kenapa Hakim membuat keputusan mengikut sivil walhal ia berkaitan dengan hukum syariah yang di terangkan oleh DS Jamil Khir dalam kes ESQ merujuk kehakiman.

    2. Perlu nya persatuan dan pertubuhan Islam terutama guaman syariah merayu semula penghakiman yang di salah tafsir dari segi syariah Islam dan buka merujuk Human Right semata-mata. Kita tidak menyisihkan pondan atau kunsya tetapi Hukum Islam itu sudah jelas. Di tambah nama-nama transgender tersebut memang di daftarkan sebagai LELAKI dan ber BIN. Bukan nama PEREMPUAN dan ber BINTI mengikut rasmi Jabatan Pendaftaran Negara.

    3. Paling hina HAKIM itu seorang Melayu Islam (tidak tahu lah jika sama pengenalan seperti menteri di JPM - Idris Jala tetapi beragama khatolik) di mana beliau membuat keputusan tidak merujuk syara' dan Fatwa di mana memang terdapat pakar-pakar dalam ilmu nya yang jelas.

    Amat sedih sekali Umat Melayu professional sekaran. Ilmu yang di miliki
    tidak langsung memberi manfaat kepada majoriti Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan sehingga melampaui DYM Agong sebagai memegang amanah memetri dekri Agama Islam.

    Harap Umat Islam bangkit dan membetulkan keadaan yang bakal menjurus menghenyak Islam ke tahap paling rendah. Timbul tandatanya, mestikah HAKIM ini memihak kepada kemungkaran atau menyokong agenda Majlis Peguam....

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah beri kekuatan dan kebijaksanaan kepada kita dalam menangani ancaman musuh2 Islam dan mengagalkan tipu daya mereka. Ameen

    ReplyDelete
  4. Mahkamah Sivil pulak yg menentukan apa yg betul apa yg salah dlm perundangan syari'ah ?
    Takut takut nanti, bab nikah cerai org Islam yg diputuskan oleh Mahkamah Syari'ah pun boleh dibatalkan di Mahkamah Sivil.

    ReplyDelete
  5. Ini lah intergriti Jabatan Agama Islam dan Menteri yang menjaga agama islam...Jamil Khir...Memang patut diinjak injak oleh hakim yang satu spesis dengan kumpulan itu...Tindakan terlalu lambat dan lembab...sama macam kes yang pegang anjing...APA KEPUTUSAN wahai JAMIL KHIR

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute