ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 7 November 2014

KERAJAAN PKR SELANGOR TAK AKAN LAKSANA PENDIDIKAN PERCUMA - NIK NAZMI



Artikel dipetik dari : AntaraPos

PETALING JAYA: PKR akhirnya mengakui bahawa isu pendidikan percuma yang sering dilaungkan mereka sukar untuk dilaksanakan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa hasil pendapatan Selangor secara keseluruhannya masih di tahap yang rendah.

Menjadi salah seorang panel di Program 'Universiti atau Penjara? Diskusi Kebebasan Media' yang bertempat di Bangunan Informasi Strategik dan Kajian Pembangunan (SIRD), Nik Nazmi seterusnya berkata Selangor terikat dengan beberapa aspek yang tidak membolehkan mereka menunaikan salah satu manifesto mereka sejak beberapa tahun lalu.

"Hendak beri pendidikan percuma secara menyeluruh, ia di luar bidang kuasa kita. Sebabnya jika dilihat hasil pendapatan negara kita sekitar RM200 bilion. Manakala hasil Selangor sekitar RM2 bilion.

"Memandangkan ini bidang kuasa kerajaan pusat, maka kerajaan negeri tidak mampu beri pendidikan percuma kepada Unisel berdasarkan implikasi kewangan. Apa yang kita boleh lakukan adalah kaji struktur yuran dan perbanyakkan tabung biasiswa," ujarnya.

Beliau terlebih dahulu menjawab pertanyaan salah seorang peserta yang mahu kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu komited dalam melaksanakan isu pendidikan percuma dan menjadikan Universiti Selangor (Unisel) sebagai tanda aras sebelum dilakukan di peringkat persekutuan.

Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi memberitahu kerajaan negeri melalui pimpinan Mohamed Azmin Ali komited dalam mengkaji semula isu berkenaan.

Meskipun menyedari kesukarannya, ujarnya kerajaan negeri tetap memberi fokus kepada bidang pendidikan melalui pembentangan Bajet Selangor 2015.

"Komitmen yang ada di peringkat kerajaan yang baru melalui Bajet Selangor 2015 akan datang akan memberi fokus kepada isu pendidikan. Ia satu peningkatan yang lebih baik dan kita kenalpasti masalah Unisel," ujarnya.

Turut hadir di program berkenaan adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol; Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab dan Naib Ketua AMK, Tan Kar Hing.

Manakala peserta pula dilihat sekitar 50 orang sahaja.

Pakatan Rakyat sebelum ini berjanji untuk menunaikan salah satu janji mereka di dalam Manifesto PRU-13 berhubung isu pendidikan percuma.

Namun usaha itu ditempelak ramai pihak kerana Pakatan seharusnya melakukannya sejak 2008, apabila berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional.

Selain Universiti Selangor (UNISEL), Selangor turut mempunyai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS).

3 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute