ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 10 November 2014

UNIVERSITI JEPUN BERMINAT BUKA CAWANGAN DI MALAYSIA - TPM

Daripada Abdul Muin Majid

NAGOYA, 10 November 2014 - Beberapa universiti Jepun berminat membuka cawangan di Malaysia dan permintaan mereka itu akan diberi pertimbangan sewajarnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata antara universiti itu ialah Tokyo University of Science.

"Kita akan kaji cadangan mereka itu. Saya tidak nampak ada halangan bagi mereka untuk berbuat demikian," katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Hakubun Shimomura di sini Isnin.

Mesyuarat itu diadakan di luar Persidangan Sedunia Unesco mengenai Pendidikan untuk Pembangunan Lestari 2014, di mana delegasi Malaysia diketuai Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak sedang merangka deraf terakhir perjanjian persefahaman dalam bidang pendidikan rendah dan menengah sebagai pelengkap kepada perjanjian mengenai pendidikan tinggi yang telah ditandatangani.

Kata beliau Malaysia mendapat banyak manfaat daripada kerjasama dalam bidang pendidikan dengan Jepun, termasuk penghantaran guru bahasa Jepun untuk mengajar di sekolah Malaysia.

Muhyiddin juga menyentuh tentang hasrat Malaysia untuk menganggotai lembaga eksekutif Unesco bagi penggal 2015-2019. Unesco adalah singkatan bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Muhyudddin berkata Malaysia sentiasa berharap dapat memainkan peranan lebih besar dalam bidang yang terletak di bawah bidang kuasa Unesco.

Sejak menganggotai Unesco pada 1958, Malaysia menduduki kerusi lembaga itu empat kali - 1978-1983, 1987-1991, 1999-2003 dan 2007-2011.

Muhyiddin berkata selama ini, Malaysia memainkan peranan aktif dalam Unesco, termasuk menghulurkan dana untuk membantu negara yang memerlukannya.

"Sekiranya dipilih, kami akan meningkatkan lagi peranan kami dari aspek membantu negara anggota lain," katanya.

Muhyiddin dijadual berlepas ke Australia pada Isnin malam untuk melakukan lawatan kerja tiga hari ke Canberra dan Perth.

Sumber : Bernama

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute