ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 5 December 2014

ANWAR IBRAHIM TIDAK PERNAH MINTA GELARAN AL-JUBURI

Oleh : Putera

Isu penarikan semula gelaran oleh Sultan bukanlah satu isu baru di Malaysia. Chua Jui Ming antara tokoh PKR yang pernah ditarik balik gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Sultan Johor. (Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/134124)

Manakala Khir Toyo pula memulangkan semula gelaran tersebut kepada Sultan Selangor tanpa diminta atas rasa peri pentingnya gelaran tersebut dijaga oleh pemegangnya. (Rujukan : http://www.erapasca.com/2011/01/khir-toyo-pulang-gelaran-dato-seri.html)

Penulis sememangnya menyokong kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa bukan dia yang meminta gelaran tersebut. Ini sekaligus menunjukkan bahawa dia tidak meminta-minta sebarang gelaran.

Secara tradisinya gelaran yang diberikan oleh seseorang pemerintah kepada seseorang individu adalah sebagai tanda penghargaan kepada individu yang telah banyak berbuat jasa kepada rakyat dan negara.

Namun dari sudut yang lain, gelaran juga adalah hasil dari penelitian, pemerhatian, analisis dan kajian yang terperinci keatas satu-satu tokoh. Sebagai contoh, untuk menjadi seorang yang bergelar Doktor Falsafah, anda memerlukan satu kajian, menulis tesis, membuat pembentangan, mencipta teori atau memperbaiki teori yang mana pada akhirnya, setelah diluluskan oleh Senat Universiti, barulah anda layak dianugerahkan PhD dengan gelaran Doktor Falsafah.


Maka 'key word' pada gelaran adalah hasil dari pemerhatian dan analisis. Jadi dalam isu Anwar Ibrahim, selain Sultan Selangor yang pernah memberikan gelaran 'Datuk Seri' kepadanya, Mat Sabu juga pernah memberikan gelaran 'Al-Juburi' kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini. (Rujuk : http://www.penaminang.com/2013/04/malaysiakini-sahkan-jenama-anwar-al.html)

Dan sehingga hari ini, Mat Sabu tidak pernah menarik semula gelaran yang beliau 'anugerahkan' kepada Anwar itu. Jadi tidak terfikirkah kita, mengapa Mat Sabu memberikan gelaran tersebut kepada Anwar? Apa punca Mat Sabu dengan beraninya memberikan gelaran kepada orang yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri itu yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. 

Inilah yang harus ditanyakan kepada Mat Sabu. Kenapa dia menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai 'Al-Juburi'. Apakah analisis, pemerhatian dan kajian yang telah dia lakukan sehingga sanggup memberikan gelaran 'terhina' itu kepada Anwar?

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute